Wednesday, August 31, 2011

Ramadhan 2011: 8 hari Puasa

Hariz berjaya puasa 8 hari untuk tahun 2011! Ye! Yeah!!! Hariz puasa setiap weekends. Weekdays sekolah, Hariz kata tak larat. Ok la tu, Hariz tak bawa bekal pun pergi sekolah. Kira puasa sekerat-sekerat la. Alhamdulillah.

Ada satu hari tu, Hariz puasa, dan Hariz ikut Mummy Daddy jalan-jalan shopping. Dah petang pukul 4 pun. Tiba-tiba Mummy belikan HAriz kuih samprit! My favourite tu!! Hariz terus lemah semangat! terus nak buak puasa. Mummy pujuk suruh tunggu sampai balik rumah. Hariz tunggu sambil pegang je kuih tu.

Sampai rumah, Hariz tanya lagi: Boleh tak I makan kuih sekarang?
Mummy: ALa Yis, dah petang, pukul 5 dah ni. tunggu 2 jam je lagi.
Hariz: Tapi u cakap balik rumah I boleh makan?
Mummy: U tanya Daddy la. KAlau daddy kasi, U makan la.
Hariz pun hilang cari Daddy...tak lama selepas tu...
Hariz: Daddy kasik! (sambil buka kuih)...

AYooo...tamatlah puasa Hariz hari ini. Tapi all in all, Hariz, U did a great job! Mummy & Daddy know it is not an easy thing for you. We love you so much! Muah! Muah! Muah!

Monday, August 08, 2011

Pertama kali puasa penuh, Well done Hariz!

6 August 2011

Hari ni hari Sabtu. Hariz tak sekolah. Dia tak nak pergi kelas Aikido. Hariz nak duduk rumah saja. Sebenarnya, Mummy nak test Hariz hari ni. Mummy nak tengok Hariz boleh puasa penuh atau tidak.

Hariz relax je..Main PS2, main game kat computer..Bila Mummy tanya, Hariz, you okay ke? tahan ke puasa? Hariz just angguk je kepala. Sampailah ke petang. Waa, hebat la Hariz!

5 minutes before Maghrib, mummy pun siap-siap buatkan air 'favourite favourite' Hariz, Ice lemon tea! hariz pulak, terus buka peti ais, cari coklat. Tiba-tiba, Mummy dengar semua orang menjerit..AAAAAA!!!! Mummy tengok, rupa-rupanya Hariz dah NGAP cokelat!! Mummy terus korek mulut Hariz.

Hariz tak sengaja. Hariz ingat dah boleh makan! Allahuakbar, allahukabar! Haaa...baru boleh berbuka Hariz....Hariz minum air favourite dan makan nasi ayam. Well Done Hariz!! We are so proud of you! Habis makan, Hariz kena solat sama-sama Daddy,okay?

Sunday, August 07, 2011

Hariz Belajar Puasa Hari Kedua

2/8/2011

Semua tentang puasa Hariz tahun ini dicatat sebab ini kali pertama Hariz puasa. Takut nanti bila Hariz dah besar, Hariz terlupa kisah masa first time hariz puasa.

So, hari ini hari eprtama Hariz berpuasa dan juga bersekolah pagi. Semalam sekolah agama (pagi) cuti. so, Acik kata Hariz balik je sekolah, Hariz kata : Tekak Hariz ni kering sangat! Mcm nak mati!

Acik suruh tahan sampai pukul 12, sebab Mummy kata buka puasa pukul 12. Masa Hariz kata tekak kering , jam dah pukul 11.30.

Tak sampai 5 minit, Hariz cakap lagi: Hariz tak tau la mummy suruh buka pukul berapa. pukul 12 ke, pukul 10 ke...

Itu tanda dah tak tahan sangat la tu. Acik kesian tengok Hariz. So, Harizpun berbuka puasa untuk hari ke2.

Saturday, August 06, 2011

Hariz belajar Puasa

1/8/2011

Hari ini first day of Ramadhan. Hariz buat pertama kalinya belajar berpuasa. Pagi tadi masa sahur, Hariz tak mahu bangun. Ini perbualan semasa Mummy cubakejutkan Hariz bersahur:

Mummy: Hariz, bangun Yiz, sahur.

Hariz: Emmm....sambil alih badan ke kiri.

Mummy: Yiz, bangun la sayang, sahur.

(Hariz masih tak mahu bangun setelah 4,5 kali Mummy cuba kejutkan).

So, mummy pun tanya: Hariz, mummy bagi minum susu nak? I bawa susu ke sini ye?

Hariz: mmm, apa-apa laaa...

Mummy: Yiz , u nak minum dr botol ke cawan?

Hariz: U ni crazy ke apa, I mana minum dr cawan. Botol laa...

Mummy pun berlalu pergi ke dapur.. Daddy, Hariz kata Mummy crazy!!!!!!

Mummy tak marahpun Hariz, sebab I tau U tengah mamai. So, Hariz pun bersahur dengan sebotol air susu strawberry.

Hariz puasa sampai pukul 11.30 pagi. lepas tu dia berbuka!!!! Jadiklah Hariz untuk hari yang pertama.