Thursday, March 22, 2012

A Day @ Petrosains KLCC (31/12/2011)

2,3 hari sebelum buka sekolah Hariz buat rombongan Cik Hariz ke Petrosains. Janji nak ke Petrosains ni dah buat lama dah! Hariz excellent in both exams, sekolah kebangsaan %& sekolah agama. So, he deserved to get 2 rewards from mummy & Daddy.

Hariz bawa Kak bebeh, Kak Ngah & Kak Lia join ke Petrosains. 
 
Hariz tengah try bawa digger ni. susah juga nak gerakkan digger ni.
 
haaa...ini la ahli rombongan! Hazim je takde dalam gambar ni.
 
yang ni memang funny! Hariz dah rupa macam alien!
 

Ada banyak lagi aktiviti yang Hariz buat kat dalam Petrosains ni. Tapi, tak tunjuk kat sini la. Hariz dan Kak Bebeh sempat tengok science show, dan jawab soalan yang diberikan. 

 
Haaa..ni gambar wajib la kan..Dah sampai KLCC kena la ambil gambar dengan twin tower.
 
Hariz & Kak Bebeh. Rakan sepermainan dan sepergaduhan! sekejap main, sekejap gaduh!! Pening la mummy dan daddy tengok you all ni!
 
Hariz dikelilingi cousins..semua perempuan ye? hahaha!
 
sempat main kat playground klcc. ok, tamatlah acara jalan-jalan untuk 2011. esok lusa Hariz start sekolah semula. Kalau nak jalan-jalan macam ni lagi, Hariz kena janji belajar rajin-rajin,okay?

Wednesday, March 21, 2012

Hariz met Dinosaur 2/5/2011

Ini cerita sangat lama...Ini kisah tahun lepas. Hariz dapat pergi Pusat Sains Negara sebab dapat good result kat sekolah.

Hari ini Mummy & Daddy tunaikan janji pada Hariz. Hariz nak jumpa Dinosaur!! Hariz nak ke Pusat Sains Negara. Ada pameran Dino kat sana. Memang best! Hariz dapat jumpa banyak dinosaur. Kak bebeh pun ikut sama.

Tapi malangnya, Mummy tak bawa kamera!!! Dah sampai KL, baru Mummy jerit dalam kereta, Daddy! Mummy lupa bawak kamera!!!. Abis, takkan nak suruh Daddy patah balik, kan Mummy? So, Mummy ambil gambar guna handphone saje. Nanti kita cuba upload ke blog ye.

Selain Dino, Hariz dapat explore banyak mengenai sains. Hariz memang suka usik sana sini, tekan sana sini. SO, tempat ni memang sesuai sangat dengan Hariz! Sempat juga Hariz main dalam indoor playground. Memang menarik!

Ada science show...Dan Hariz naik atas pentas volunteer!!! Beraninya anak Mummy!!! Harap-harap Hariz akan terus berani macam ni,okay?
Lepas show, Hariz sempat singgah souvenir shop dan beli satu robot dinosaur. Okay la tu...HAriz ingat nak sambung main playground luar Pusat Sains, tapi hari baru pukul 5, dan cuaca masih panas. Kita balik la ye Yis, kita datang lagi nanti,okay?