Wednesday, December 07, 2005

My First Steps

London,9th November 2005: Hariz Erzam,10 bulan 13 hari, hari ini telah mencipta satu lagi rekod bayi apabila beliau telah berjaya berjalan 4 tapak.



Peristiwa penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh ibubapa beliau , Erzam Marlisah dan Norhazlin Zainuddin di rumah mereka di Du Cane Road, London.






"Kami bersorak gembira apabila Hariz berdiri dan kemudian melangkah setapak demi setapak" kata bapa Hariz ketika diminta mengulas detik-detik gembira itu.

Tambah beliau, kali pertama Hariz berjalan, beliau berjaya melangkah 4 tapak sebelum terjatuh.




"Ketika Hariz melangkah, kami terdiam seketika sambil mengira tapak demi tapak langkahnya", tambah ibu Hariz sambil tersenyum gembira.

"Sukar untuk digambarkan perasaan kami ketika itu melihat anak kami mencapai satu lagi kemajuan dalam hidupnya"






"Saya sangat seronok hari ini. Saya akan terus berusaha untuk berjalan dan berjalan. Saya akan berlatih tanpa jemu untuk mahir berjalan," ujar Hariz ketika diminta mengulas kejayaan peribadinya ini.

Apabila diaju mengenai matlamat beliau, Hariz menyatakan beliau bercita2 untuk mengejar Daddy dan Mummynya, serta berjalan sekeliling rumahnya secara solo.




Melihat dari aksi Hariz berjalan hari ini, pihak Berita Hari-hari Hariz percaya beliau akan mencapai matlamatnya tidak lama lagi. Sebagai bukti, saksikan sendiri video yang sempat kami rakamkan ketika berkunjung ke rumah Hariz. Jutaan tahniah dan semoga berjalan kami ucapkan untuk Hariz Erzam. Syabas!!!

Dipetik dari: Berita Hari-Hari Hariz


Monday, December 05, 2005

Cerita Luruh (3rd Dec 05)

Hariz saje nak share lagi gambar2 Auntumn. Masih di tempat yang sama, tapi kali ni ada Abg Fiki.

Jadi, Abg Fiki dengan berbesar hati sudi menjadi photographer Hariz. Pokok pun dah makin botak!


Haaa...Jarang dapat peluang bergambar dengan Mummy & Daddy sekali. Selalu Mummy ada,Daddy takde,bila Mummy ada,Daddy lak takde...Kali ni dua2 ada!!!


Yeahhhhhhh...Ini hasil kerja seni Abg Fiki!! Sampai tertonggeng-tonggeng dia ambik shot ni!


Haaa!! Yang ini pulak!!! Hasil seni MUMMY!! What ever le Mummy,as long as you happy, Hariz pun tumpang happy for you. Ok laa, Thanks to Abg Fiki kerana sudi capture gambar2 ni dengan digicamnye.


Daddy, apa kata Daddy beli satu digicam, baru syok tangkap gambar,hehehe...Oppss! Asyik sebut2 nama Abg Fiki, siapa Abg Fiki tu ek?? Haa..Hariz akan cerita pada tempat & waktu yang akan datang. To be continued......