Hello,
Siang tadi, Mummy siapkan Hariz hensem2..dalam hati Hariz kata, ni ada chance nak jalan nih!! Hariz pun seronok la. Masa Mummy dan Daddy sibuk2 siapkan Hariz, Mummy kata "Hariz budak kuat kan?? Anak Mummy anak sihat kan?" Hariz pun jawab.."Aaaaa"..
Pastu Daddy kata, kita nak pergi cucuk la Hariz.Ha??? Cucuk lagik?? Hariz ingat nak jalan2 ,rupanye nak kena cucuk. Ishh, malas betul la nak kena cucuk ni..Dlm kereta, Hariz protes, Hariz merengek2, tka mcm biasa..selalunya bila naik je kereta Hariz suka sangat, tapi kali ni Hariz buat2 tak suka. Jenuh jugak la Mummy dan Daddy pujuk2 Hariz.
Sampai di klinik, Hariz tengok ada 4,5 kawan2 Hariz tengah tunggu giliran. Semua muka tengah nervous je. Hariz pun mula cebik2,minta Mummy bawak Hariz balik! Tapi Mummy buat dek je. Mummy kata cucuk ni penting supaya Hariz sihat.
Tak sampai 10 minit, Orang tu panggil,"Hariz"..Aiseyyyyyyy,giliran Hariz la. Bila masuk bilik cucuk tu, orang tu borak2 ngan daddy dan mummy,explain apa benda dia nak injek Hariz. Buat apa explain kat mummy daddy,explain la kat Hariz. Geram laaa..Pastu,dia mintak permission dari Hariz utk injek, Hariz diaaaaaaaaaam aje, tapikan,dia terus cucuk Hariz!!!
Uwaaaaaa!! Uwaaa!!! Hariz nangis, Hariz tak bagik permission pun, dia cucuk!! Dlm pada Hariz tgh nangis tu, Hariz rasa peha kiri lak kena satu das lagik!!! Uwaaaaaaaaa!!!! Lagik sekali Hariz terjerit. Diorg pujuk2 Hariz,puji2 Hariz kata Hariz ni budak baik la,budak kuat laaa...
Bila keluar je dari bilik tu,Hariz tak nangis lagik,Hariz buat muka macho,Hariz takmo la kawan-kawan Hariz takut nak cucuk pulak.Ok la, gambar kat atas tu,Daddy ambil selepas Hariz kena cucuk,Mummy kata buat kenang2an,alaa...Mummy tu yang excited nak bergambar. tengok la tu, Mummy yang beriye2 kan?? Hariz biasa jeee...
Ok,jumpa lagi,Hariz nak tidur,penat la..bye!!
Posted by Hello
No comments:
Post a Comment