Saturday, September 03, 2005

My Big Day (18/8/2004)







Hari ini merupakan hari bersejarah untuk Hariz. Itulah yang Daddy kata. Mummy siapkan Hariz,pakai hensem2, balik ke Bristol. Ada majlis penting untuk Hariz di sana. Apa dia haa?



Ada kenduri kesyukuran ,Daddy & Mummy buat sempena menimang cahaya mata bernama Hariz. Itu Mummy yg bagitau la. Daddy kata lambat sikit buat kenduri ni.






Ini upacara selawat dan cukur jambul. Ustaz Latif yang mengetuai majlis,ahli keluarga Bristol yang datang semua ambil kesempatan gunting jambul hensem Hariz. Hariz masa ni tidur dengan nyenyaknya di bahu Daddy.



Haaaaaaaaaaa...Ini Saat2 yang ditunggu-tunggu oleh semua orang!! Hariz dengar aje,diorang berpakat nak cukur terus rambut Hariz. Itu Uncle Yet,barber Hariz. Berkobar2 dia menggondolkan kepala Hariz.

Hampir selesai kerja Uncle Yet! Adoi,makin hencem ke macam ni? Sebelum Hariz tunjuk gambar Hariz botak,mari tengok aksi Hariz ala2 si Pekan,kenal tak si Pekan?

Ok,untuk tatapan semua inilah dia rupa Hariz selepas majlis cukur jambul diadakan. Hariz nak ambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga Bristol yang sudi hadir,yang bagi hadiah pada Hariz. Untuk Daddy dan Mummy terima kasih kerana adakan majlis kesyukuran ini buat anakmu ini.




I love you Daddy!

I love you Mummy!







Untuk keluarga Hariz di Malaysia, bila Hariz balik nanti Daddy akan buat Majlis Aqiqah kat kampung,Insya Allah. Bye,bye!


No comments: