Monday, January 02, 2006

Sayangku Hariz



Sayangku Hariz,
Bagai terasa baru semalam menerima berita
Tentang kehadiranmu dalam hidup kami
Sejak hari itu, rasa tak sabar-sabar lagi
Untuk bertemu denganmu.

Buah hatiku Hariz,
Sembilan bulan kami menantimu
Ketika itu, hanya gerak tanpa suara
Tiap kali kau menyapa,kami pasti tersenyum gembira.



Permata hatiku Hariz,
Tarikh itu...27 Disember 2004
Tarikh kita bersua muka
Tarikh itu penuh bermakna
Syukur kami pada yang Esa.

Hadirmu Hariz,
Satu rahmat dariNya
Penghibur hati Daddy & Mummy
Tangis tawamu mematangkan kami.



Hari ini Hariz,
Setelah setahun kau berada di sisi kami
Merangkak, berdiri kini melangkah penuh bergaya
Ketawa ,celotehmu buat kami bahagia.

Doa kami Hariz
Kau sentiasa di bawah lindunganNya
Kau dapat kami jaga sempurna
Agar kau jadi insan berguna.

Hariz ,
Daddy & Mummy ingin Hariz tahu
Walau apa terjadi
Hariz kami tetap sayang & kasihi
Kerana Hariz anak Daddy & Mummy!!

Selamat Hari Jadi Anakku,HARIZ.

Sayang,

Daddy & Mummy

27th December 2005

* Salji turun hari ini,turut sama meraikan hari jadi Hariz*

No comments: