Sunday, May 07, 2006

May Day Bank Holiday (1st May 06)




















Cuti Bank Holiday yang lepas, ibubapa saya telah membawa saya pergi ke Model Village Bekonscot. Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 3 petang,walaupun rancangan asalnya pergi di waktu pagi.

Selepas 30 minit perjalanan, Hariz sampai ke tempat yang dituju. Destinasi ini dipilih kerana tempatnya yang dekat dengan rumah, tempat letak kereta yang percuma, dan tiket percuma untuk saya! Ini amat bersesuaian dengan kewangan dan masa ibubapa saya yang tidak berapa mengizinkan untuk berjalan-jalan tempat yang mahal lagi jauh.







Sebaik sahaja tiba di tempat yang dituju, saya menaiki keretapi mini. Alangkah seronoknya saya menaiki keretapi mini ini. Sejurus selepas itu, saya dibawa oleh ibu dan bapa saya ke Model Village. Kawasannya hanya kecil sahaja untuk orang dewasa. Tetapi, untuk saiz badan dan ketinggian saya, kawasan ini amatlah luas.









Di sini, terdapat banyak rumah-rumah dan bangunan yang sama saiz dengan saya. Terdapat juga keretapi yang bergerak di sepanjang perkampungan kecil ini. Beberapa kali Mummy terpaksa menghalang saya dari mengambil keretapi itu dari landasannya. Arghh!





Tepat pukul 5 petang, tempat ini ditutup dan saya terpaksa beredar keluar dari kawasan ini. Saya sangat sedih untuk meninggalkan tempat ini dan agak terkilan kerana keluar rumah sudah agak lewat. Saya berjanji akan mengumpul duit sendiri untuk datang ke sini semula menaiki bas tanpa bantuan mummy dan daddy yang selalu lewat!

ps: Mummy & daddy bagitau Hariz ini adalah karangan yang wajib ditulis oleh semua murid-murid sekolah rendah zaman 80an sebaik sahaja sekolah dibuka semula dari cuti penggal.

No comments: