Friday, March 14, 2008

Mummy's day weeks ago!

Ada masanya kita terlalu sibuk sampai tak dapat nak luangkan sedikit masa untuk bagitau kepada seseorang yang kita sayangi dan hargai bahawa kita sebenarnya sayang dan menghargainya.

Tapi sebenarnya kebiasaannya tak ada lah sibuk sangat, cuma perkara-perkara lain yang berkeutamaan menjadikan kita buat-buat tak endah kpd org2 yg kita sayang.

Contohnya, hari ibu yg sudah pun berlangsung beberapa minggu lepas. Hariz dan daddynya nampak seperti tidak mengingati jasa mummy.


"Don't be naughty, mummy!"

Mungkin sebab Hariz sibuk sangat dengan 'friends' di sekolahnya (ye, Hariz sudah mula gi school lama dulu, nanti-nanti cerita pasal my friends and school) dan bila balik Hariz dah penat. Daddy pun kata dia penat tapi Hariz selalu mengingatkan Daddy yang Hariz lagi penat sebenarnya. Jadi bila balik rumah Hariz cuma mahu makan keropok dan tengok tv atas pangku empuk daddy and daddy mestilah tidak buat apa-apa yang lain kecuali itu.

Walaubagaimana nampak tak kisah pun Hariz dan Daddy kepada mummmy, akhir hari tak ada lah orang lain yang Hariz tunggu untuk buka pintu rumah sebelum Hariz menyorok dan tak adalah orang lain yang daddy tunggu untuk makan malam bersama-sama kecuali Mummy.

Oleh sebab Hariz kat sini tak dapat elaun besar-besar maka Hariz janji bila cukup duit nanti Hariz kasik kereta Mercedez sempena Mummy's day akan datang.

Untuk sementara itu, terima aje lah ucapan "Selamat HAri Ibu dengan ingatan tulus ikhlas" dari Hariz dan Daddy.

No comments: