Thursday, September 08, 2005

Jalan-jalan (29/08/05)

Hari ni Bank Holiday. Hariz ada tetamu, Abg Danial & parents from Oxford. Jadi...Hariz bawa Abg Danial jumpa Queen. Boleh la Mummy join sekali,kan hari tu Mummy tak dapat ikut Hariz jalan.


Pose lagi depan rumah queen...Penat Hariz bagi salam,Queen tak mau jugak buka pintu.Tengah tido agaknya.....

Takpe laaa,dia la yang rugi tak dapat jumpa Hariz.

Hariz penat laa,lepak dulu la yeee.....mana Abg Danial ni????


Ooo....Abg Danial bagi Swan makan rupanyaaa...Sampai habis biskut Abg Danial..Haaa tu la,sapa suruh bagi semua,sekarang kan dah lapar.

Haa...posing dengan Uncle Fazmy pulak. Daddy naik jeles sebab Hariz suka dukung dengan Uncle Fazmy. Alaaa,Daddy pun asyik main dengan Abg Danial jeeee...

Ok,giliran Hariz la pulak posing sorang,relax......Puas hati Mummy dapat ikut gi rumah Queen?

Saturday, September 03, 2005

My Big Day (18/8/2004)







Hari ini merupakan hari bersejarah untuk Hariz. Itulah yang Daddy kata. Mummy siapkan Hariz,pakai hensem2, balik ke Bristol. Ada majlis penting untuk Hariz di sana. Apa dia haa?



Ada kenduri kesyukuran ,Daddy & Mummy buat sempena menimang cahaya mata bernama Hariz. Itu Mummy yg bagitau la. Daddy kata lambat sikit buat kenduri ni.






Ini upacara selawat dan cukur jambul. Ustaz Latif yang mengetuai majlis,ahli keluarga Bristol yang datang semua ambil kesempatan gunting jambul hensem Hariz. Hariz masa ni tidur dengan nyenyaknya di bahu Daddy.



Haaaaaaaaaaa...Ini Saat2 yang ditunggu-tunggu oleh semua orang!! Hariz dengar aje,diorang berpakat nak cukur terus rambut Hariz. Itu Uncle Yet,barber Hariz. Berkobar2 dia menggondolkan kepala Hariz.

Hampir selesai kerja Uncle Yet! Adoi,makin hencem ke macam ni? Sebelum Hariz tunjuk gambar Hariz botak,mari tengok aksi Hariz ala2 si Pekan,kenal tak si Pekan?

Ok,untuk tatapan semua inilah dia rupa Hariz selepas majlis cukur jambul diadakan. Hariz nak ambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga Bristol yang sudi hadir,yang bagi hadiah pada Hariz. Untuk Daddy dan Mummy terima kasih kerana adakan majlis kesyukuran ini buat anakmu ini.




I love you Daddy!

I love you Mummy!







Untuk keluarga Hariz di Malaysia, bila Hariz balik nanti Daddy akan buat Majlis Aqiqah kat kampung,Insya Allah. Bye,bye!