Wednesday, March 23, 2005
Hariz "the little Druid" @ stonehenge
lagi best view movie nya!
Hi semua,
lama sungguh Hariz tak menulis kan? Hariz busy laaaa...Daddy ,Mummy asyik bawak jalan je.Ok, kali ni Hariz nak bawak semua orang enjoy movie Hariz masa pergi Stonehenge.
Haaa...tempat ni salah satu World Heritage Site tau! Prehistoric monument kat British Isle. Kira hebat la orang dulu2 angkat batu2 besar ni,kumpulkan kat sini.Diorg kata masih misteri lagik tempat ni,Daddy kata dr situ boleh tgk susunan planet-planet tau!
Kalau kawan2,pakcik,makcik,abang ,kakak datang UK,jangan lupa gi sini tau! Hariz rasa bertuah betul dapat dtg sini masa kecik lagik. Oh ye...movie ni besar,so,kena sabar sikit tunggu download,tau!!
ok laaa...bye!!!
d by Hello
Tuesday, March 15, 2005
Sunday, March 13, 2005
Blog Hariz Berwajah Baru!
Blog Hariz dah lain kan? Terima Kasih kepada Pakcik Ayong yang bermurah hati tolong design blog Hariz ni. Baru menarik!!
Hari ni Hariz berjalan dari pagi sampai ke petang. Daddy bawak pergi jalan2, seronok habis! Rasa tak mau keluar dari kereta...
Balik rumah,Hariz terus tido sampai ke pagi rasanye ni.Kali ni Hariz nak share foto Hariz masa berusia 1 hari. Gambar ni diambil di Hospital St. Michaels,masa tu ada offer bergambar dari hospital. So,mummy pun amik package bergambar tu.
Lain kan muka Hariz dulu dan sekarang?? Dulu Hariz kecik je,sekarang Hariz dah tembam!! Mana lagi hencem,dulu ke sekarang?
ok,Hariz dah mengantuk sangat,Mummy nak bedung Hariz,babai!!!!
Posted by Hello
Friday, March 11, 2005
Thursday, March 10, 2005
Dah Ada Mood!
Allo,
Hari ni Hariz dah ada mood dah. Perut pun rasa ok,cuma Hariz suka tido sambil berdukung.Best la! Tapi,Hariz dengar Mummy kata,"aisey,tak larat la macam ni Hariz,Hariz berat tau.."
Hmmm...Memangpun,Hariz berat.Semalam Daddy & Mummy bawa Hariz pegi timbang,nak tau berat Hariz berapa?? 5.94kg!! Sikit lagi 6 kg kan??? Yang paling best, Hariz kencingkan Midwife tu!! Hahhaahha!!! Pakcik makcik pernah tak buat gini???
Mood Hariz makin sebab Hariz ikut cakap Uncle Tata,suruh jalan2.Semalam, Daddy & Mummy bawa Hariz jalan2 kat luar rumah. Seronoknyeeee!! Dapat tengok macam-macam.
So,Hariz cadangkan pada semua,kalau takde mood, pergilah keluar berjalan2,ataupun lebih best lagik, pergilah keluar berdukung2 macam Hariz! Bye!!!!
osted by Hello
Tuesday, March 08, 2005
Takde Mood la...
allo,
2,3 hari ni Hariz macam takde mood la. Hariz tak suka nak tido sorang2,tak suka nak ketawa beriye2 sangat. Malas nak layan bila Daddy & Mummy ajak borak2.
Perut Hariz ni asyik rasa tak sedap,kentut2 je..hariz asyik mengeliat je,tak selesa la! Nak minum pun rasa tak best...
ok laaa...nanti2 Hariz cerita lagi,hopefully takde sapa2 yang berjangkit "takde mood" Hariz ni..hmm..kalau takde mood,kawan2,pakcik,makcik buat apa ye? Cuba cerita sikit...Babai!
Posted by Hello
Sunday, March 06, 2005
Happy Mummy's Day
Mummy,
Lampinku basah lagi,
Tiada siapa mahu cuci,
Namun kau setia di sisi,
tak rasa malu,tak rasa geli.
Mummy,
Dikala Hariz rasa sunyi,
Tika perut berbunyi minta diisi,
Kau hadir membawa hiburan,
Kau datang membawa makanan.
Mummy,
Walaupun kau bukan ratu dunia,
walaupun kau bukan wanita ternama,
Namun kau ratu di hati ini,
Kau juga ratu di hati Daddy.
Specially dedicated to my Mummy....
Thank you for being patient
When I was kicking,punching,head butting,and moonwalking
It must have hurt so much
But you didn't mind...
When those people pulled me out
And placed me on top of you
While your head was still spinning because of the Etonox gas
You graciously warmed me up
With your much needed colestrum.
How I puked,How I pooped,
How I cried,how restless I was
It all didn't bother you
You wiped it off, cleaned it up
And lull me,calmed me down
It musn't be easy for you
But you didn't mind....
Now I am here, Thank you for bringing me
Now I calm, Thank you for assuring me
Thank you for being my Mummy
Posted by Hello
Saturday, March 05, 2005
Kisah Injek Part 2
Hello,
Kita jumpa lagi. Hariz tak berapa ada mood la 2,3 hari ni. Asyik nak meragam je, itu pasal lambat sikit nak sambung cerita. Ok la, biar Hariz sambung ye?
Bila tiba giliran Hariz, Mummy pun bukak baju Hariz, nurse tu kata Hariz kena cucuk 2 das,satu peha kiri, satu peha kanan. First injection, Hariz terjerit sikit ...WAAAAAAAAAAAA....alaaa,tak sampai 5 saat pun hariz jerit,cuma terkejut ajeee..Lepas tu,Hariz cool...2nd injection, Hariz relax aje...
Mummy kata,"Caya la Hariz, budak kuat!"...haaa...tapi, Dr dah siap2 pesan suruh makan ubat,takut demam..hmm...memang pun! Balik, badan Hariz rasa semacam laaa...Hariz dengar Daddy ckp kat Mummy, "Hariz demam laa...'
He..he..hee..yang bestnyeee, Hariz dapat manja lebih2..teruk gak le mummy & daddy hariz buli...tapiiiii...yang x bestnye, masa makan ubat...isshh..takmo citer la pasal tu..nanti2 laa...
ok! Cuba kawan2,pakcik,makcik,abang ,kakak cerita sikit experience kena cucuk..Ada berani????
Posted by Hello
Thursday, March 03, 2005
Kisah Injek Part 1 (25/2/2005)
allohaaa,
kita jumpa lagi. Hari ni Hariz nak cerita pengalaman kena cucuk! Ala, yang injek-injek kat punggung tu.Haaa...Hariz dah kena daaahhh..mummy & Daddy bawak ke Pembroke Road untuk first immunisation.
Masa jalan kaki nak ke klinik tu kan, snow turun! Itu first tiem Hariz tengok snow. Tapikan, yang over excited nak tau sapa?? MUMMY!!! Dia kecoh betul tgk salji tu,dia kata ni first time dlm hidup dia hampir 30 thn dpt pegang snow. Hariz baru 2 bulan dah dapat tgk!! Mummy try amik gambar dlm snow,tapi rasanye tak clear la..
ok,Hariz cerita pasal kena injek ok? Mummy risau betul masa Hariz nak kena injek, sebab dia tgk semua baby yg keluar bilik Dr semua nangis! Tapi Daddy kata Hariz budak kuat, jgn risau, sebab masa 2nd day Hariz lahir,dah kena cucuk BCG,Hariz relax je... Eh!! Lapar la, nak susu...nanti kita sambung,ok?? TUNGGU!!!!!!!!!
Posted by Hello
Tuesday, March 01, 2005
Daddy borek,Hariz rintik
Posted by Hello
serious matter
Allo,
hari ni Hariz nak tunjuk betapa seriusnye hariz ngan daddy. Jangan main-main tau! hariz memang suka berdukung dgn Daddy sebab best!!! Daddy ada tilam Dunlop!!
Mummy yg snap shot gambar ni,dia ketawa bagai nak rak tgk pose kitorg ni. ok, ada satu lagi foto Hariz nak share ni. Tunggu!!!
Posted by Hello
Hallo World!
Ini first time Hariz, Daddy & Mummy cuba2 tulis blog. Jadiknye, hari ni kami sama-sama belajar cara nak edit, cara nak insert photo hariz yang cute. Daddy dah hampir-hampir nak mengamuk sebab tak reti nak insert photo. Nasib ada Mummy dan Hariz tolong dia. Akhirnyeeeeeee....terhasillah "Hallo World"...dan muncullah Hariz di dunia internet.
babai!
harizzzz
Posted by Hello