Tuesday, May 31, 2005

Komando Hariz



Mari beramai-ramai ikut meniarap ala komando bersama Hariz!! Ini laa aksi Hariz ketika sesi latihan komando dijalankan. Hariz kan tak berapa suka aktiviti ni,mummy dan daddy yang selalu suruh Hariz meniarap. Hariz lebih suka isap jari.

Hariz lebih suka terlentang.Eh!! Jangan main-main,Hariz sambil terlentang boleh berpusing tau...Hariz boleh sampai hujung katil tau! Hariz tolak badan Hariz guna tumit kaki. Ada sapa-sapa nak challenge dengan Hariz tak??

Ok,Hariz baru je selesai berlatih meniarap ni..penat laaa,daddy!!!!!!!!! dukung Hariz ,please!!! Thank you.....




Posted by Hello

Sunday, May 29, 2005

Selamat Datang!!



Assalamualaikum,

Hariz dah lama tak menulis kan? Hariz busy la,Hariz banyak kerja. Hariz asyik masukkan jari dalam mulut,jadi takde masa nak menulis. Mummy selalu tak bagi Hariz masukkan tangan dalam mulut. Mummy kata, "Hariz,mummy tak bagi Hariz masukkan tangan dalam mulut sebab kotor.Nanti ada bakteria dari tangan Hariz masuk dlm perut.Mummy kata lagi,"nanti bakteria tu kacau perut Hariz,perut Hariz nanti rasa tak selesa"....

Hariz dengar je mummy cakap,pastu Hariz cepat2 jawab:yeeeeeeee!! ...Hariz masukkan tangan dalam mulut balik! Tak boleh la mummy..Hariz syok masukkan tangan dalam mulut laaa..macam mana ye??

Ooo..lupa pulak,Hariz tau ada makcik2 baru yang join blog Hariz.Hariz nak ucapkan Selamat membaca!!! Jangan lupa tinggalkan komen utk Hariz ok? Untuk Auntie Pau, Hariz ucapkan "Selamat Pengantin Baru" .

Ok,jumpa lagi!! Ta Ta!!
Posted by Hello

Monday, May 16, 2005

Hanging out!



Hello,

lama sungguh Hariz tak menulis kan? Hariz busy skit,ikut mummy dan daddy ke sana ke mari. Hariz dah ada rumah di London. Mummy kata,terpaksa sebab mummy kena pegi sekolah tiap hari.jadi mummy sewa rumah di London. Hariz suka je,seronok dapat jalan2.

Ok,kali ni,Hariz nak kenalkan seorang kawan. Danial Adham. Hariz panggil Abang Danial. Abg Danial dah kira senior,umur dia dah nak masuk 2 tahun. Tapi seronok kawan dgn dia. Dia pun suka kawan dengan Hariz. Abg Danial suka panggil2 nama Hariz. Hariz suka tengok Abg Danial jalan2,usik2 barang umi dia,main2 mainan,baca buku fish...hmmmm...tak sabar la Hariz nak join Abg Danial!!!!

Abg Danial tinggal kat Oxford. Bila lagi kita boleh jumpa ye Abg ?? Hariz rindu la suara Abg,Hariz rindu la nak tgk ABg Danial intai Hariz sedang tido.

Best jugak ada kawan kan?? Makcik makcik,abg kakak semua..ada ramai kawan tak? Bye!
Posted by Hello