Thursday, September 22, 2011

Hariz dah Darjah 1

3 Januari 2011

Hari pertama Hariz ke sekolah. Pagi Hariz bersekolah agama dari pukul 7.40 pagi hingga 11.15 pagi. Petang Hariz sekolah kebangsaan dari pukul 1.15 hingga 6.30 petang. Pagi-pagi lagi Mummy dah kejutkan Hariz. Mummy excited nak tengok Hariz pergi sekolah. Tapi, Mummy baru kira-kira 3 minggu melahirkan adik Hazim. Jadi, Mummy cuma hantar Hariz ke depan muka pintu saja.

Mummy tertunggu-tunggu Daddy balik dari sekolah. Daddy kata, Hariz okay je. Hariz memang cool!! Hariz dalam kelas 1 Osman. Ini gambar Hariz lengkap berpakaian sekolah agama. Hensem kan?? Yang ini pula Hariz dalam kelas bersama kawan-kawan.


Petang: Hariz ke sekolah kebangsaan pula. Hariz sekolah di kampung je. Mummy kata senang Pak Lang atau Mak Lang nak jemput. Kali ini, Mummy tak boleh tahan lagi. Mummy kata, Mummy nak hantar Hariz sampai depan pintu sekolah! Adik Hazim kena tinggal kejap la ye?

Minggu lepas, Hariz ada buat Ujian Kemasukan Darjah 1, untuk tentukan kelas. Bila Mummy kata, susah ke soalan? Hariz relax je jawab, I boleh jawab la. tapi ada 1 helai I tak jawab! Ha??? Mummy terkejut! Takpe lah Hariz...

 Gambar Hariz dengan kawan-kawan sementara menunggu cikgu tentukan kelas. Hariz kelas 1 UKM. Rupa-rupanya satu kelas dengan anak sepupu Mummy, Aizat, dan jiran Hariz yang bernama Haris! Tapi sayang la, tak ada gamabr dalam kelas. Bateri kamera mummy sudah KONG!!!  Mummy tunggu sampai Hariz dapat tempat duduk dalam kelas. Mummy dengar nama cikgu Hariz, Cikgu Hawa.



Hariz beruntung sebab ada Kak Bebeh boleh tolong jaga Hariz di sekolah. Balik dari sekolah, Mummy tanya Hariz,okay tak your new skul? Hariz jawab, okay!  Mummypun senang hati. Tapi Mummy tau, ada banyak lagi challenges to come in the future. Good Luck Hariz!!!

Wednesday, September 21, 2011

Esok kan? I kata esok!

Semalam selepas balik dari swimming, hariz mandi bertemankan Mummy. Dalam bilik air kami pun berbual:

Mummy: Hariz, after this, u mengaji dengan mummy tau?
Hariz (sambil main-main buih sabun): Ha? Mengaji? Esok lah!

Mummy: Mana boleh besok! You kan dah janji nak mengaji hari ni. Semalam u ckp kat i, mengaji esok!!!

Hariz: Ha...Esok, esok laa...Bukan hari ni!!!

(Mummy sudah pening, sambil sudah hampir hilang sabar)

Mummy: You told me yesterday that u will ngaji ESOK. Esok means today la, Hariz!!!
Hariz (dgn muak selamba): You yang ckp esok,kan? Esok la!!

Hahahahah!!! Mummy sudah terkena!! So next time, you better listen to me carefully ya Mummy!!

Daddy,apa yang penting sangat tu?

Hariz semakin panjang akalnya. Semakin banyak ayat-ayat yang bikin mummy & daddy pening kepala. Hariz dah pandai negotiate untuk kepentingan diri dia. Hariz juga dah pandai voice out his opinion.

Ini scene yang berlaku minggu lepas antara Daddy dan Hariz sebelum Hariz masuk tidur. Seperti biasa, Hariz akan minta Daddy massage Hariz. Daddy pulak tengah mengadap computer.

Hariz: Daddy, cepatlah, I nak tido ni.
Daddy: ok, Hariz tido la dulu.
Hariz: Daddy, I nak u massage I.
Daddy: ok, kejap ye. Hariz tido dulu.
Hariz: I nak tido sekarang la.
Daddy: Kejap, Daddy datang kejap lagi.

Hariz sudah hilang sabar, dan keluar ayat ni...

Hariz: Daddy, apa yang penting sangat tu? I nak u massage I!!!!

Hahahaha!!! Dusshh! Dussh! Dusshh!! Daddy sudah kena!