Monday, April 25, 2005
Hariz dah pandai Meniarap!! (10/4/05)
Hello,
Hariz nak beritau sesuatu ni...Hariz dah pandai meniarap tau! Bersorak sakan mummy & daddy masa tu.Hariz naik pelik,apasal diorang ni? Hariz buat apa sampai bersorak ni?
Hariz pun terus terlentang balik,mummy pun cakap"Alaaaaaaaa..."..heheheh,rupa2nya,mummy dan daddy seronok tengok Hariz meniarap rupanya.
Hariz laaaaaaaaaagi la seronok,sebab boleh dongak2 kepala, mummy kata kalau Hariz rajin practise, Hariz boleh cepat jalan.Hariz tak sabar nak usik2 ,nak pegang2 barang2 mummy ni!!
Tapi,Hariz penat la bila meniarap, sekarnag ni,Hariz meniarap sekali sehari je,mummy selalu tanye kenapa Hariz tak meniarap selalu,Hariz diam ajeee...dah pandai kan,buat apa nak practise selalu??
ok,lain kali kita sambung lagi,bye!!
Posted by Hello
Friday, April 15, 2005
Kena Injek Lagik..(15/4/05)
Hello,
Siang tadi, Mummy siapkan Hariz hensem2..dalam hati Hariz kata, ni ada chance nak jalan nih!! Hariz pun seronok la. Masa Mummy dan Daddy sibuk2 siapkan Hariz, Mummy kata "Hariz budak kuat kan?? Anak Mummy anak sihat kan?" Hariz pun jawab.."Aaaaa"..
Pastu Daddy kata, kita nak pergi cucuk la Hariz.Ha??? Cucuk lagik?? Hariz ingat nak jalan2 ,rupanye nak kena cucuk. Ishh, malas betul la nak kena cucuk ni..Dlm kereta, Hariz protes, Hariz merengek2, tka mcm biasa..selalunya bila naik je kereta Hariz suka sangat, tapi kali ni Hariz buat2 tak suka. Jenuh jugak la Mummy dan Daddy pujuk2 Hariz.
Sampai di klinik, Hariz tengok ada 4,5 kawan2 Hariz tengah tunggu giliran. Semua muka tengah nervous je. Hariz pun mula cebik2,minta Mummy bawak Hariz balik! Tapi Mummy buat dek je. Mummy kata cucuk ni penting supaya Hariz sihat.
Tak sampai 10 minit, Orang tu panggil,"Hariz"..Aiseyyyyyyy,giliran Hariz la. Bila masuk bilik cucuk tu, orang tu borak2 ngan daddy dan mummy,explain apa benda dia nak injek Hariz. Buat apa explain kat mummy daddy,explain la kat Hariz. Geram laaa..Pastu,dia mintak permission dari Hariz utk injek, Hariz diaaaaaaaaaam aje, tapikan,dia terus cucuk Hariz!!!
Uwaaaaaa!! Uwaaa!!! Hariz nangis, Hariz tak bagik permission pun, dia cucuk!! Dlm pada Hariz tgh nangis tu, Hariz rasa peha kiri lak kena satu das lagik!!! Uwaaaaaaaaa!!!! Lagik sekali Hariz terjerit. Diorg pujuk2 Hariz,puji2 Hariz kata Hariz ni budak baik la,budak kuat laaa...
Bila keluar je dari bilik tu,Hariz tak nangis lagik,Hariz buat muka macho,Hariz takmo la kawan-kawan Hariz takut nak cucuk pulak.Ok la, gambar kat atas tu,Daddy ambil selepas Hariz kena cucuk,Mummy kata buat kenang2an,alaa...Mummy tu yang excited nak bergambar. tengok la tu, Mummy yang beriye2 kan?? Hariz biasa jeee...
Ok,jumpa lagi,Hariz nak tidur,penat la..bye!!
Posted by Hello
Wednesday, April 13, 2005
Return of the Jedi
Hai,hai,hai...
Apa khabar semua?? Hariz datang lagi.kali ni Hariz ala-ala actor dlm film Return of the Jedi...Daddy yang suka sangat cerita2 macam tu, Star Wars. Mummy pulak tak suka cerita mcm ni,dia kata dia tak paham.
Hariz pulak?? hmmm..buat masa ni Hariz dengar je la Mummy dan Daddy cerita. Hariz lebih suka dengar Mummy nyanyi lagu2 rekaan dia sendiri, suka Daddy buat lawak2 dia..Hariz gelak aje tengok gelagat diorg.
Best jugak tengok gelagat orang ni. Especially orang sekeliling Hariz. Mcm2 cara diorg nak attract Hariz supaya Hariz happy dan gelak2. Tapi, kena tengok keadaan la, kalau time tu Hariz tgh lapar, tgh ngantuk, tak de mood nak layan.
Betul tak?? Nak kacau orang kena la tgk masa dan keadaan kan?? kalau silap haribulan, kacau bilau nanti kena marah!
Ok ,Hariz tidur dulu ye,tata!!
Posted by Hello
Tuesday, April 12, 2005
Kisah Demam (31/3-5/4/05)
Dah lama kita tak jumpa kan?? Hariz demam laa..Mula2 hariz batuk2,selesema je, lepas tu, hariz demam,sampai hilang suara tau! Lembik sangat Hariz,tiap kali Hariz minum, Hariz muntahkan balik,sampai dehydrated!
Sekarang Hariz dah sihat ,boleh la Hariz bercerita,menulis semula.Hariz nak letak 2,3 gambar dalam ni,tapi mummy kata dia tak pandai nak attach banyak2 gambar sekali. Mummy suruh Hariz try sendiri..Hmmm,tak pe la, nanti2 Hariz cuba attach 2,3 gambar sekali,utk kali ni, terimalah.....SI MONTEL HARIZ!!!! utk tatapn semua yang merindui Hariz.
Pesanan Hariz untuk semua, jagalah kesihatan dengan baik, sebab bila sakit, tak ada apa yg boleh kita buat, bak kata lirik lagu Raihan " Muda sebelum tua, sihat sebelum sakit"...
Posted by Hello