Sunday, June 26, 2005

Happy Daddy's Day



Daddy,
Sejak dari dalam perut mummy
Suara mu telah kudengari
Sentuhan mu dapat kurasai
Tak sabar rasa bertemu daddy

Daddy
Sejurus aku dilahirkan
Kedengaran suaramu azan
Diriku selamat dalam dakapan
Dalam senyum kau panjatkan kesyukuran

Daddy
Semenjak hari itu
Tidurmu tidak lagi lena seperti dulu
Rengek tangisku tak kira waktu
Minta didodoi dimanja selalu

Daddy
Walaupun kau bergelumang kerja dan buku
Walau sesibuk mana dirimu
Karenah ku tak buat kau jemu
Jeritku tak pernah kau buntu

Kini Daddy
Sejak mummy tiada di siang hari
Tinggallah aku bersamamu daddy
Resahku makin menjadi-jadi
Mahu didakap didukung tiada henti

Namun Daddy
Kau tetap sabar senyum di sisiku
Dalam keletihan kau masih mampu
Ketawa bermain hiburkan hatiku
Kurasa limpahan kasih sayangmu

Hari ini Daddy
Walaupun agak terlewat ucapan ini
Aku ingin kau tahu di sudut hatiku
Kau amat-amat aku kasihi,aku sanjungi
Aku anak bertuah dalam seribu
Punya Daddy seperti dirimu

Doaku Daddy
Moga jerih payahmu menjaga diriku
Mendapat berkat rahmat dari Ilahi
Dipermudah segala urusanmu
Dilimpah cahaya bahagia murah rezeki

Akhir kata buat Daddy
Hariz bangga menjadi anakmu
Daddy ...Kaulah wira dalam hidupku.




Posted by Hello

Sunday, June 19, 2005

Close Up!



Hayoooooooooooo!!!

Hariz datang lagiiiiii....Hariz dah lama tak tulis kan?? haaaa..ada banyak sebab hariz tak dapat nak tulis.

Pertama,Hariz sibuk dengan aktiviti harian Hariz,MENIARAP!!! syok laaa,meniarap...Hariz asyik meniarap jee,sampai mummy takut nak tinggalkan Hariz atas katil sorang2 sekarang ni...tu la, mummy,dulu asyik suruh Hariz practice,sekarang hariz dah expert!!

Sebab kedua kan....Mummy niiiiiiiiiii,dia take over laptop Daddyyyyyyyyy tiap hari bila dia balik dari skool. Mummy tengok AF3!!! Jadi,Hariz takde chance nak guna laptop Daddy. Hariz ingat ,Hariz nak beli satu laptop laaa!! Ada uncle,auntie yang nak hadiahkan Hariz sebijik laptop tak???

Thirdly, waktu mummy pergi skool, Hariz kurang ada mood laaaa,Hariz tercari2 mummy,Hariz asyik nak dukung daddy jee..Hariz pun tak tau kenapa Hariz mcm niiii....

Ok la,gambar kat atas tu,kira yang terkini la,mummy saje close up...mummy tu kan,sebenarnye nak curik2 ambik gambar Hariz tgh isap jari...hhihihihi,dia belum berjaya lagik!!!!!!!!! hariz kan baby bijak,bila mummy halakan camera tu kat hariz,Hariz cepat2 pose cantek2...hahaha!! Mummy!!! Try again, don't give up ,ok??

See ya!!!


Posted by Hello