Saturday, January 28, 2006

My First Bike (15th January 06)




Masa tu, Daddy & Mummy tengah shopping groceries.... Tiba-tiba Daddy tunjuk dekat Mummy satu kotak. Mummy belek-belek, tanya Hariz..."Hariz, Hariz nak ni?" Hariz terus cakap..KOKO!"...Means, NAK!












Mummy cakap ini hadiah birthday Hariz, sorry sebab lambat bagi. Takpe Mummy, Hariz tak kisah pun, Hariz paham.



Rupa-rupanya, tricycle!! WOW!!
Jadi, balik rumah, Daddy kena pasang tricycle tu! Thank you so much Daddy & Mummy! Hariz memang seronok sangat dapat jalan-jalan naik bike ni!

OK, ada sesiapa nak tumpang Hariz. Hariz boleh bawak pusing-pusing!

Thursday, January 26, 2006

Andre HARIZ Agassi (16 Jan 06)













Helloooooooo,

Mari main tenis bersama Hariz!!! Ini first time Hariz ke tenis court. Seronok!





















Kita makan dulu! Penat main , kita isi perut dulu, ye Abg Danial??















Sambung main balik. Betul ke macam ni pegang raket ni??


Okay, ada sesiapa yang berani nak main dengan Hariz?? Kalau berani ,sila masuk gelanggang,kalau takut,boleh duduk luar gelanggang. Mari! Mari!Mari!

Monday, January 23, 2006

Jalan-jalan dengan Pak Ngah (Dec 05) Part II

Ini satu lagi hujung minggu bersama Pak Ngah! Ini masa minggu Christmas,2,3 hari sebelum Pak Ngah balik.





Haaa...Ini Daddy saja bawa kami tengok Christmas light di Oxford Street. WowwW!! Meriahnya lampu!! Sempat Hariz posing dengan Abg Izad sebelum bateri camera habis!!!!






Ini sesi Pak Ngah & Mak Ngah shopping! Hariz pun turut sama dapat tumpang!!! bestnye!!! Thank you Mak Ngah!!!


























Singgah sini untuk rehat,dan makan-makan! Sekali lagi,Terima kasih Pak Ngah! Semoga Pak Ngah & family dimurahkan rezeki..amin..nanti datang lagi ye ???

Saturday, January 21, 2006

Jalan-jalan dengan Pak Ngah (December 05) Part I

Masa Pak Ngah datang hari tu, Hariz dapat ikut dia jalan-jalan. Jadi, Hariz nak share dengan semua kisah jalan-jalan Hariz,boleh?

















Ini Hariz kat Hever Hotel,Kent. Pak Ngah duduk sini, dia ajak Hariz join masa hujung minggu. Best! Tempat ni cantik,rumah dia pun cantik,tak sama macam rumah Hariz kat London.

















Ini Abg Izad main bubble! Hariz memang suka main bubble. Hariz selalu suruh Daddy @ Mummy main bubble dengan Hariz.


















Hever lagi sejuk dari London! Tengok itik-itik tu, diorang jalan atas air. Air tu beku! Wow!!!
















Yang ni kat Leeds Castle. Istana kata Daddy, ooo...macam WIndsor Castle la tu ye DaddY?? Terima kasih pada Pak Ngah yang sponsor tiket! Okay, nanti kita sambung cerita lagi. Daddy kata, kalau nak tahu lebih lanjut tentang Leeds Castle , sila layari laman web yang sewaktu dengannya. Terima kasih.

Wednesday, January 18, 2006

Pak ngah & Family

Tengok tajuk post ,mesti dah dapat agak,mesti Hariz nak sembang tentang Pak Ngah. Haaa...Pak Ngah, Mak Ngah, Abg Fiki, Kak Farah & Abg Izad datang bercuti ke sini. Jadinya, mereka semua datang melawat Hariz yang comel ni sekali laaaa....Mana boleh datang sini tak jumpa Hariz kan??






Ok...Introducing...Yang masih hensem lagi bergaya tu la Pak Ngah Hariz, Mummy kata itu big brother dia. Hariz takde big brother ke Mummy??? Yang anggun tu Mak Ngah. Abg Izad sudah semestinya yang hensem bergaya tu!


Mana Kak Farah? Ok, ni dia Kak Farah! Hariz tak dapat main lama dengan kak Farah sebab dia banyak jalan!!!!





Hariz bawa Pak Ngah tempat favourite Hariz, Serpentine Park! Daddy bawa ke Portobello Market, merasa la Hariz & Mummy jalan-jalan pasar ni. Pasar ni dekat je dari rumah, tak sampai 15 minit pun! Kenapa Daddy tak pernah bawa ye sebelum ni?



Ok, terima kasih to Pak Ngah & family sebab sudi bawa Hariz jalan-jalan! Kalau ada masa nanti Hariz tunjuk ke mana Pak Ngah bawa Hariz. Bye!

Monday, January 16, 2006

Party time! (14th Dec 2005)

Waaa...tengok title post ni, sure tertanya-tanya party apa kan?? Ha...Hariz gi Christmas party kat playgroup je....



Ini la tempat party tu.. Old Oak Community Centre.

Tempat Hariz main-main dengan kawan-kawan.







Tapi, hari ni ada benda lain pulak yang join sama.

Nak kata kawan baru,Hariz nampak macam pelik aje...

Baju dia , rambut dia, rupa dia, tak sama macam kawan-kawan Hariz!!!

Daddy, daddy...Apa ni??

SANTA CLAUS ,Hariz...Oooo...iye ke??






Lihatlah!! Apa yang terjadi setiap kali Daddy cuba bawa Hariz jumpa Santa!!!

Uwaaaaaaaaa...Uwaaaaaa....


Tak mau Daddy!! Hariz tak mau!!!

Bawa Hariz jauh dari Santa ,Daddy!!!









Lagik baik Hariz main. Lagi Best!!!!

Lagipun, Daddy kata ini bukan raya untuk Hariz. Kebetulan je Hariz join...Daddy kata tak apa la kalau Hariz takut pun.

Apa-apapun...Merry Christmas to all my friends & A Happy New Year!


Santa, tahun depan boleh tak tukar costume tu???



Friday, January 13, 2006

Selamat Hari Raya AidilAdha (10th Jan 2006)








Selamat Hari Raya!! Hariz ingatkan ada satu je raya, rupa-rupanya ada lagi raya ye? Sorry lambat wish,sebab Hariz sibuk sembelih lembu! Acah aje....

Macam mana raya kali ni? Seronok? Banyak lembu korban? Daddy kata raya ni ada orang panggil raya korban, raya haji.

Kenapa Hariz tak tunjuk gambar Hariz beraya ha? Haaaaa...sebabnya, Hariz tak beraya pun!! Daddy & Mummy busy dan tak boleh cuti. Kesian Hariz, kesian Daddy, kesian Mummy.

Tapi,Mummy kata, last year Hariz dah sambut AidilAdha ni. Kiranya my first AidilAdha was 2005 at Bristol. Masa tu Hariz baru je berusia 26 hari!!! Nenek kata masih dalam pantang. Tapi raya tetap raya, Mummy dengan selamba ikut sekali ke gathering tu bawa Hariz.

Oklah, untuk kawan2,uncle,auntie,semua....Salam AidilAdha dari Hariz & Parents, jaga diet anda sebab masa raya ni mesti makan daging lembu banyak,betul kan? Bye!

Tuesday, January 10, 2006

My First Birthday Party (25th December 2005) Part II


Party Hariz dibuat awal 2 hari. Sebab 25th December Christmas, Pak Ngah & family , Abg Danial & parents pun ada. Nak keluar jalan-jalan hari ini pun tak best,sebab kedai semua tutup! Jadi,Daddy decided buat birthday party untuk Hariz hari ni...


Happy birthday to you....(2x)
Happy Birthday Dear Hariz,
Happy Birthday to you!!!!!!!!!!!!!!

Waaaaa....macam tu ye bunyi lagu harijadi??




Nampak tak muka Hariz macam masam??? Haaa...hariz sebenarnya, dari pagi tunggu party ni,tapi Daddy tu lambat sangat masak!! Dah nak petang baru party mula,hariz dah ngantuk!!!!

Haa...itu dia! Daddy & Mummy masak! Daddy masak nasi tomato,ayam merah & pasta carbonara. Mummy buat cottage pie . Mummy kata terima kasih pada Daddy yang bertungkus lumus masak!! It was delicious!!!


Waaaa...Makan, makan,jemput makan semua!

Sedap ke tu?? Mesti la sedap!! Chef Daddy yang masak.

Ok,Hariz nak ucapkan terima kasih khas untuk Abg Danial, Pak ngah yang bagi hadiah.

Juga untuk Uncle Cikmie and Kak Long tersayang dari Malaysia yang bagi kad. Hariz boleh claim hadiah nanti kan bila balik malaysia??




Terima kasih juga pada Daddy & Mummy yang prepare party untuk Hariz. Hariz tau financial Daddy & Mummy tengah tak berapa bagus kan, tapi,Daddy buat juga party untuk Hariz. I love you both Daddy & Mummy!

Oppss..and enjoy the video too!!