Monday, May 22, 2006

Malaysia Week London (20th May 2006)

Pada hari Sabtu yang lepas, Hariz pergi ke Malaysia Week London. Festival ini telah diadakan di Covent Garden,London.











Seperti biasa, perancangan awal daddy dan mummy ialah pergi di belah pagi. Tetapi, seperti yang telah Hariz duga, kami hanya berjaya keluar dari rumah pada pukul 3 petang! Hmm...malas mau cakap lah!!!

Kira-kira 40 minit kemudian, Harizpun tiba di tempat yang dituju. Akibat kelewatan keluar dari rumah, Hariz cuma dapat tengok separuh persembahan tarian yang penuh warna warni tu!!! Itupun di celah-celah orang yang telah mengambil port2 yang strategik! Salah siapakah itu??


Walaupun hari hujan renyai-renyai tetapi Hariz tetap gembira kerana dapat berjumpa dengan Mahathir Lokman. Hariz minta Daddy ambil gambar Hariz dengan Mahathir, tetapi Daddy segan. Jadi, Daddy ambil gambar Hariz curi-curi dengan dia! Aparaaaa....








Sebelum pulang, Hariz sempat menari di depan pentas semasa kumpulan muzik traditional mengadakan persembahan. Joget jangan tak joget!!!!

Hariz juga sempat melawat-lawat sekitar Covent Garden. Mummy kata ala-ala Central Market KL.













Selepas menjenguk beberapa gerai Malaysia, Daddy dan Mummy mengambil keputusan untuk tidak membeli apa-apa kerana 4 cucuk sate berharga 3.50 pound, dan roti canai berharga 2.50 pound!!! Sangat tidak berbaloiiiiiiiiiiii....









Setelah 2 jam berada di sini, tibalah masa untuk pulang. Truly Malaysia!!!!!!!!!!!

Sunday, May 14, 2006

Active Boy







Yeeehaaa...Hariz sudah semakin besar!








I'm a big boy now!!!









Hariz dah pandai panjat meja! Easy peasy!






Yeh!yeh!! Tepuk tangan untuk Hariz!











Atuk,nenek jangan risau! Hariz pandai turun meja tau!
Mummy dan Daddy pun ada standby!!

Balik kampung nanti Hariz nak panjat pokok rambutan atuk! Tungguuuuuuuu....

Sunday, May 07, 2006

May Day Bank Holiday (1st May 06)




















Cuti Bank Holiday yang lepas, ibubapa saya telah membawa saya pergi ke Model Village Bekonscot. Kami bertolak dari rumah kira-kira pukul 3 petang,walaupun rancangan asalnya pergi di waktu pagi.

Selepas 30 minit perjalanan, Hariz sampai ke tempat yang dituju. Destinasi ini dipilih kerana tempatnya yang dekat dengan rumah, tempat letak kereta yang percuma, dan tiket percuma untuk saya! Ini amat bersesuaian dengan kewangan dan masa ibubapa saya yang tidak berapa mengizinkan untuk berjalan-jalan tempat yang mahal lagi jauh.







Sebaik sahaja tiba di tempat yang dituju, saya menaiki keretapi mini. Alangkah seronoknya saya menaiki keretapi mini ini. Sejurus selepas itu, saya dibawa oleh ibu dan bapa saya ke Model Village. Kawasannya hanya kecil sahaja untuk orang dewasa. Tetapi, untuk saiz badan dan ketinggian saya, kawasan ini amatlah luas.









Di sini, terdapat banyak rumah-rumah dan bangunan yang sama saiz dengan saya. Terdapat juga keretapi yang bergerak di sepanjang perkampungan kecil ini. Beberapa kali Mummy terpaksa menghalang saya dari mengambil keretapi itu dari landasannya. Arghh!





Tepat pukul 5 petang, tempat ini ditutup dan saya terpaksa beredar keluar dari kawasan ini. Saya sangat sedih untuk meninggalkan tempat ini dan agak terkilan kerana keluar rumah sudah agak lewat. Saya berjanji akan mengumpul duit sendiri untuk datang ke sini semula menaiki bas tanpa bantuan mummy dan daddy yang selalu lewat!

ps: Mummy & daddy bagitau Hariz ini adalah karangan yang wajib ditulis oleh semua murid-murid sekolah rendah zaman 80an sebaik sahaja sekolah dibuka semula dari cuti penggal.