Saturday, December 24, 2005

Count Down!!!

Hallooooooooooooooooo!!!

Hariz cuma nak bagitau, Hariz tengah 'Menghitung hari'.


Dari Hariz sekecil ini...Kini Hariz sedang mengira hari...24, esok 25, lusa 26......


Kini....Hariz sudah sehencem ini!!!.. Hariz tengah busy ni, tengah tolong Mummy & Daddy. Tolong apa? Hmm...Tengah prepare satu majlis...waaaaa!! Majlis apa?? Tunggu!

Untuk semua di luar sana, Hariz tengah tunggu semua auntie,uncle,kawan2 semua wish Hariz.

Okay...Babai semua!!!

Thursday, December 22, 2005

Sayang Abg Fiki!!!

Hari tu Hariz ada berjanji manis, nak perkenalkan Abg Fiki yang Hariz sayang sangat-sangat kan? Haaa....Ladies & gentlemen...Introducing!!!!!!!!!!!!!!!

Inilah Abang Fiki. Ini kali ketiga Hariz jumpa Abg Fiki. Tapi ,first & second time, Hariz masih kecil. Abg Fiki ni cousin Hariz.


Kali ni,Hariz bully Abg cukup-cukup! Gigit abg, kejar abg, cubit2 abang Fiki!! Mana nak lari Abg???


Ok la Abg Fiki. Bg permission kat Hariz ye utk publish gambar ni. Mummy kata ni gambar Abg Fiki poyo. Err...apa itu poyo, mummy???


Lagi pose poyo dari Abg Fiki. Hariz pasti akan merindui Abg Fiki lepas ni. Sapa la yang Hariz nak bully lepas ni??? Harap2 kita jumpa lagi!!!Hari ni Abg balik Malaysia. Sedih laaaa....Mummy & Daddy pun sedih. WE LOVE YOU SO MUCH ABG FIKI!!!!

Wednesday, December 21, 2005

I am a Musicman



This is one of my favourite song. I love it since I was 2 months old.

Come on!! Sing with me!!

I am a music man...

(You are a music man)







I come from down your way

(You come from down my way)


And I can playyyyyyyyyy...


What can you play????

I CAN PLAY PIANOOOOOO!!!!!

Pia..Pia...Pia..No

Pia.no...Piano

Pia..pia..Pia..No

Pia..Pianoooooooo!!


Tiap kali Mummy & Daddy nyanyi lagu ni,Hariz mesti lompat spring.

Ok..Hariz nak kena tuning piano ni..bunyik sumbang! See ya!!!

Monday, December 19, 2005

I am Malaysian (5th December 2005)




Saya anak Malaysia! Saya anak Malaysia! Hari ini,secara rasminya, Hariz anak Malaysia.


Hari ni Daddy & Mummy bawa hariz ke High Comm. untuk buat sijil kelahiran (atau lebih mesra dipanggil Surat Beranak!) dan juga buat passport. Jadi secara rasminya, Hariz adalah warganegara Malaysia!!

Jeng..jeng..jeng..Inilah dia gambar passport Hariz! Masa ambil gambar ni, Hariz tak berapa sihat, flu & cough. Itu pasal ada sikit masyammmmm.... Daddy, Mummy, Hariz dah ada passport, bila lagik nak balik Malaysia ni???

Thursday, December 15, 2005

Hariz....Anak yang Rajin


Hari ni Daddy mengemas rumah!

Sebagai seorang anak yang rajin, Hariz turut sama mengemas rumah!!

Daddy, Hariz tolong tolak ye!






Hariz memang interested habis dengan vacum cleaner ni.

Everytime Daddy on, Hariz mesti join sama.

Daddy,biar Hariz tolong kutip mainan ni ye?




Hmmm...Dah kemas pun! Bersihnya rumah kita Mummy!

Say Thank you to Daddy, Mummy.

And don't forget to me too.






Okay....Lepas tolong Daddy, inilah masanya untuk Hariz main pulak!!

Apa jerit-jerit tu Mummy??

Ye la,ye la,Hariz tak sepahkan mainan la,Hariz promise!!!

Tuesday, December 13, 2005

Jalan-jalan Oxford (5th November 2005)




Ini edisi tertangguh. Kira siaran rakaman,bukan siaran langsung. Kira ok la ye?


Haaa...Hari ni Abg Danial bermurah hati bawa Hariz jalan2 kaki ke pekan Oxford..Oxford City Centre le tu. Nampak tak Hariz dalam gambar kat atas tu?? Sayup2 aje Auntie Emi amik gambar ni,hehehe..

isssh...tak nampak juga Hariz! Kejap ye,Hariz try cari gambar Hariz yang lagi CLEAR.

Hmm...Better la dari gambar yang lain tu. Itupun setelah Mummy selak hood Hariz. Yang penuh bergaya, Daddy tuuuuu.....Ha,nak cerita sikit,kat belakang tu famous bridge at Oxford kata Auntie Emi.



Hi...Ni lagi satu,tak juga nampak muka Hariz yang hensem ni. Kenapa ye? Macam ada sesuatu yang tak kena la. Anyway,enjoy pemandangan cantik ni.


Haaa...Much better! At least nampak juga la muka Hariz walaupun,tak close up. Ini dekat french market di Pekan Oxford.


Yessss...At last! Ada jugak gambar Hariz yang lebih jelas. Ini first time naik bus! Uncle Fazmy dah tak larat jalan, jadi ,dia ajak Hariz baik naik bus. Thanks to Uncle Fazmy,Auntie Emi dan Abg Danial kerana sudi bawa Hariz pusing-pusing pekan Oxford.

Sunday, December 11, 2005

Nice Photo & Funny Video

I just wanna share this nice,classic photo with you....


What do you think of this picture? It was taken by Kak Sarah from Oxford. Terima kasih Kak Sarah,Luv you!!!

And one more thing, enjoy this funny video!!! Bukan Daddy suap Hariz,tapi Hariz suap Daddy!! Memang enjoy!!!!

Buat Mokcu Aneng, bila lagi nak cerita pasal Hariz kat blog Mokcu? Jangan pilih bulu aaaa....

Wednesday, December 07, 2005

My First Steps

London,9th November 2005: Hariz Erzam,10 bulan 13 hari, hari ini telah mencipta satu lagi rekod bayi apabila beliau telah berjaya berjalan 4 tapak.



Peristiwa penuh bersejarah ini telah disaksikan oleh ibubapa beliau , Erzam Marlisah dan Norhazlin Zainuddin di rumah mereka di Du Cane Road, London.






"Kami bersorak gembira apabila Hariz berdiri dan kemudian melangkah setapak demi setapak" kata bapa Hariz ketika diminta mengulas detik-detik gembira itu.

Tambah beliau, kali pertama Hariz berjalan, beliau berjaya melangkah 4 tapak sebelum terjatuh.




"Ketika Hariz melangkah, kami terdiam seketika sambil mengira tapak demi tapak langkahnya", tambah ibu Hariz sambil tersenyum gembira.

"Sukar untuk digambarkan perasaan kami ketika itu melihat anak kami mencapai satu lagi kemajuan dalam hidupnya"






"Saya sangat seronok hari ini. Saya akan terus berusaha untuk berjalan dan berjalan. Saya akan berlatih tanpa jemu untuk mahir berjalan," ujar Hariz ketika diminta mengulas kejayaan peribadinya ini.

Apabila diaju mengenai matlamat beliau, Hariz menyatakan beliau bercita2 untuk mengejar Daddy dan Mummynya, serta berjalan sekeliling rumahnya secara solo.




Melihat dari aksi Hariz berjalan hari ini, pihak Berita Hari-hari Hariz percaya beliau akan mencapai matlamatnya tidak lama lagi. Sebagai bukti, saksikan sendiri video yang sempat kami rakamkan ketika berkunjung ke rumah Hariz. Jutaan tahniah dan semoga berjalan kami ucapkan untuk Hariz Erzam. Syabas!!!

Dipetik dari: Berita Hari-Hari Hariz


Monday, December 05, 2005

Cerita Luruh (3rd Dec 05)

Hariz saje nak share lagi gambar2 Auntumn. Masih di tempat yang sama, tapi kali ni ada Abg Fiki.

Jadi, Abg Fiki dengan berbesar hati sudi menjadi photographer Hariz. Pokok pun dah makin botak!


Haaa...Jarang dapat peluang bergambar dengan Mummy & Daddy sekali. Selalu Mummy ada,Daddy takde,bila Mummy ada,Daddy lak takde...Kali ni dua2 ada!!!


Yeahhhhhhh...Ini hasil kerja seni Abg Fiki!! Sampai tertonggeng-tonggeng dia ambik shot ni!


Haaa!! Yang ini pulak!!! Hasil seni MUMMY!! What ever le Mummy,as long as you happy, Hariz pun tumpang happy for you. Ok laa, Thanks to Abg Fiki kerana sudi capture gambar2 ni dengan digicamnye.


Daddy, apa kata Daddy beli satu digicam, baru syok tangkap gambar,hehehe...Oppss! Asyik sebut2 nama Abg Fiki, siapa Abg Fiki tu ek?? Haa..Hariz akan cerita pada tempat & waktu yang akan datang. To be continued......

Thursday, December 01, 2005

Autumn In My Heart (30th October 2005)

Satu hari.....


Di musim luruh...

Hariz siar-siar bersama Mummy dan Daddy








Di mana?

Serpentine Lake,Kensington Park.





Sambil menghirup udara segar...errr...salah! udara sejuk! Yesss,that's right!








Dikelilingi burung-burung merpati berterbangan.

Oooo..macam ni rupa merpati ye??








Saat-saat indah...

Bersama Daddy tersayang...

Yang bestnyee....Berdukung tu!!!





Memerhati daun-daun berguguran...

Bertaburan....








CAKKK!!!!


Oh! Autumn In My Heart.......

Monday, November 28, 2005

Hariz @ Playgroup (2nd November 2005)

Hari ini, semasa Mummy pergi skool, Daddy siap-siapkan Hariz. Tukar baju, pakai hensem-hensem. Daddy..Where are we going??



Yeah! Yeah! Daddy bawa Hariz jumpa kawan2 baru!!! Di mana ? Di Playgroup,Old Oak Community Centre. Seronoknya,dapat jumpa kawan2.


Hariz main-main dalam tunnel ni. Best woooo!!! Tak pernah jumpa kawan seramai ini.

Hariz main dengan Telano. Tapi dia asyik menangis je bila Hariz datang nak main.

John, come on join me!!

Hariz ajak John crawling sama-sama!!!




The wheel on the bus goes round and round!!!

Masa untuk menyanyi!!! Masa untuk minum! Have a break....

Playgroup ni ada tiap Isnin & Rabu, dari pukul 1-3 pm.

Best sebab dapat merangkak puas2,banyak mainan & yang paling penting ramai kawan-kawan!!!

Daddy,Daddy,

Nanti bawa Hariz datang sini lagi ye?

Hariz dah janji dengan John,Telano nak jumpa next week.

Ok,babai semua,kita jumpa next week tau!

Wednesday, November 23, 2005

Balik Kampung Bristol (12th November 2005)

Kita jumpa lagi! Masih dalam mood raya? Mesti punye,Mummy kata kat Malaysia, raya selalu terlebih 30 hari,tapi puasa selalu tak cukup 30 hari..hehehe.

Kali ni, Hariz balik kampung! Kampung Bristol,tempat lahir Hariz. Ada jemputan Aidilfitri di Dewan Redcatch ,Knowles. Ye! Ye! Raya lagiiii...



Kali ni ada satay ayam. Tapi,Hariz tak makan pun. Hariz makan kuih bangkit. Hariz ada curi2 makan kuih siput,tapiiii...Auntie Hasnah cepat-cepat keluarkan,dia kata takut Hariz tercekik. Tak rock la Auntie niii....

Bergambar kenang2an dengan Auntie Zabidah & Auntie Haslina. Auntie Zabidah kata Hariz dah tak nangis lagi & dah suka main dengan semua orang. Memang la Auntie,Hariz kan dah besar. Tak lama lagi Hariz dah boleh kejar Auntie tau..jaga-jaga!

Ahhhhhhhh...Meriah sungguh Aidilfitri 2005. Harap2 tahun depan, Hariz dapat rasa meriah Berhari raya di Kajang & Klang pula. Nak collect duit raya utk 2 tahun dari Atuk, Pak Long,Pak lang, Kak Long, Pak Ngah, Makcu dan dari semua la!

Kita jumpa lagi nanti ye. Mummyyyy,tissue please, hidung Hariz meleleh ni. See you!