Monday, December 05, 2011

Trip to Penang 2 (4th to 11th December 2012)

8th December 2011

Hari ini hari terakhir kami di Guest House USM. So, lepas check out, sementara tunggu Daddy habis pukul 5, Daddy hantar kami ke Quennsbay Mall Penang. Hariz dah survey tempat ni malam tadi sebenarnya. So, menarik juga tempat ni. Mummy pun sebenarnya excited jugak nak window shopping!

Tempat yang Hariz nak sangat masuk ialah indoor playgorund dia! Best sangat boleh main puas-puas! Kita layan gambar-gambar Hariz ye...

 Hazim pun join sekali, ni piano besar ni! 
 Best! Best! Best! Ni memang favourite Hariz sejak kecil lagi! Teringat Snake and Ladder...
Haaa...yang ni cuba tengok betul-betul. Ini adalah restoran yang tempat duduk dia daripada toilet bowl! Apa ke pelik???

Yang ni pulak, Hariz kutip bola dan siap sedia nak berperang!!!!!

Kami di mall ni smapai pukul 7 sebab Daddy habis conference lambat sangat. Lepas ni, kami akan check in di Holiday Inn Batu Feringhi. Daddy kata best! Okay, we'll see Dadddy! Make sure best oaky, sebab Hariz dah tak sabar dah ni....Kita sambung di episod akan datang....

Trip To Penang 1 (4th to 11th December 2011)

4th December 2011

Hariz & family bertolak ke Penang! yeyeeyeye!! Daddy had to attend a conference in USM, so we tagged along laaa!!! Mummy sanggup ambil cuti, HAriz pulak cuti sekolah. Hazim pun On je!!! On the way ke Penang, Mummy singgah rumah best friend mummy di Taiping, Auntie Peah. Haa..ni laa family Auntie Peah. Faris yang kat depan tu sebaya Hariz tau. Tapi tengok la badan dia!! Hariz you need to eat more!!


Hariz sampai di Penang dah gelap. Dalam pukul 8 kot. Daddy booked bilik di Guest House USM. An old building on top of the hill. Quite scary,kata mummy..hehehehe....Ini gambar rumah tu.

Kami duduk sini 5 hari,sebab dekat dengan tempat Daddy nak ke conference. So what did we do while daddy is not around? Aisey, Mummy tak pandai nak drive pusing-pusing Penang. So, Mummy bawa Hariz dan Hazim pergi Museum dan Galeri Tuanku Fauziah, USM. Belakang rumah kami je, jalan kaki je pergi. Seronok! Kita layan gambar-gambar ok?
 Haaa...this is Captain Hariz, your pilot!

Haaa..Yang ni pula Hang Hariz,pendekar dari Desa Putra! Iyyyaaaah!!!!

Angkasawan Hariz sudah mendarat di bulan. Jangan main-main!
Aikk..sudah tukar jadi dragon pulak?? Cuba tengok baju Hariz tu..Dia pergi muzium pakai baju tidur! Hohohoh...Disebabkan muzium ni dekat, dan kami tak ada aktiviti lain semasa Daddy tiada, jadi, Mummy bawa Hariz & HAzim 2 hari berturut-turut ke mzium ni. Staf muzium pun dah kenal kitorang tau!

 Tengok tu, Hazim pun dah mengantuk, jom le kita balik ye! Nanti Hariz sambung cerita tentang Penang lagi ok. 

Thursday, September 22, 2011

Hariz dah Darjah 1

3 Januari 2011

Hari pertama Hariz ke sekolah. Pagi Hariz bersekolah agama dari pukul 7.40 pagi hingga 11.15 pagi. Petang Hariz sekolah kebangsaan dari pukul 1.15 hingga 6.30 petang. Pagi-pagi lagi Mummy dah kejutkan Hariz. Mummy excited nak tengok Hariz pergi sekolah. Tapi, Mummy baru kira-kira 3 minggu melahirkan adik Hazim. Jadi, Mummy cuma hantar Hariz ke depan muka pintu saja.

Mummy tertunggu-tunggu Daddy balik dari sekolah. Daddy kata, Hariz okay je. Hariz memang cool!! Hariz dalam kelas 1 Osman. Ini gambar Hariz lengkap berpakaian sekolah agama. Hensem kan?? Yang ini pula Hariz dalam kelas bersama kawan-kawan.


Petang: Hariz ke sekolah kebangsaan pula. Hariz sekolah di kampung je. Mummy kata senang Pak Lang atau Mak Lang nak jemput. Kali ini, Mummy tak boleh tahan lagi. Mummy kata, Mummy nak hantar Hariz sampai depan pintu sekolah! Adik Hazim kena tinggal kejap la ye?

Minggu lepas, Hariz ada buat Ujian Kemasukan Darjah 1, untuk tentukan kelas. Bila Mummy kata, susah ke soalan? Hariz relax je jawab, I boleh jawab la. tapi ada 1 helai I tak jawab! Ha??? Mummy terkejut! Takpe lah Hariz...

 Gambar Hariz dengan kawan-kawan sementara menunggu cikgu tentukan kelas. Hariz kelas 1 UKM. Rupa-rupanya satu kelas dengan anak sepupu Mummy, Aizat, dan jiran Hariz yang bernama Haris! Tapi sayang la, tak ada gamabr dalam kelas. Bateri kamera mummy sudah KONG!!!  Mummy tunggu sampai Hariz dapat tempat duduk dalam kelas. Mummy dengar nama cikgu Hariz, Cikgu Hawa.



Hariz beruntung sebab ada Kak Bebeh boleh tolong jaga Hariz di sekolah. Balik dari sekolah, Mummy tanya Hariz,okay tak your new skul? Hariz jawab, okay!  Mummypun senang hati. Tapi Mummy tau, ada banyak lagi challenges to come in the future. Good Luck Hariz!!!

Wednesday, September 21, 2011

Esok kan? I kata esok!

Semalam selepas balik dari swimming, hariz mandi bertemankan Mummy. Dalam bilik air kami pun berbual:

Mummy: Hariz, after this, u mengaji dengan mummy tau?
Hariz (sambil main-main buih sabun): Ha? Mengaji? Esok lah!

Mummy: Mana boleh besok! You kan dah janji nak mengaji hari ni. Semalam u ckp kat i, mengaji esok!!!

Hariz: Ha...Esok, esok laa...Bukan hari ni!!!

(Mummy sudah pening, sambil sudah hampir hilang sabar)

Mummy: You told me yesterday that u will ngaji ESOK. Esok means today la, Hariz!!!
Hariz (dgn muak selamba): You yang ckp esok,kan? Esok la!!

Hahahahah!!! Mummy sudah terkena!! So next time, you better listen to me carefully ya Mummy!!

Daddy,apa yang penting sangat tu?

Hariz semakin panjang akalnya. Semakin banyak ayat-ayat yang bikin mummy & daddy pening kepala. Hariz dah pandai negotiate untuk kepentingan diri dia. Hariz juga dah pandai voice out his opinion.

Ini scene yang berlaku minggu lepas antara Daddy dan Hariz sebelum Hariz masuk tidur. Seperti biasa, Hariz akan minta Daddy massage Hariz. Daddy pulak tengah mengadap computer.

Hariz: Daddy, cepatlah, I nak tido ni.
Daddy: ok, Hariz tido la dulu.
Hariz: Daddy, I nak u massage I.
Daddy: ok, kejap ye. Hariz tido dulu.
Hariz: I nak tido sekarang la.
Daddy: Kejap, Daddy datang kejap lagi.

Hariz sudah hilang sabar, dan keluar ayat ni...

Hariz: Daddy, apa yang penting sangat tu? I nak u massage I!!!!

Hahahaha!!! Dusshh! Dussh! Dusshh!! Daddy sudah kena!

Wednesday, August 31, 2011

Ramadhan 2011: 8 hari Puasa

Hariz berjaya puasa 8 hari untuk tahun 2011! Ye! Yeah!!! Hariz puasa setiap weekends. Weekdays sekolah, Hariz kata tak larat. Ok la tu, Hariz tak bawa bekal pun pergi sekolah. Kira puasa sekerat-sekerat la. Alhamdulillah.

Ada satu hari tu, Hariz puasa, dan Hariz ikut Mummy Daddy jalan-jalan shopping. Dah petang pukul 4 pun. Tiba-tiba Mummy belikan HAriz kuih samprit! My favourite tu!! Hariz terus lemah semangat! terus nak buak puasa. Mummy pujuk suruh tunggu sampai balik rumah. Hariz tunggu sambil pegang je kuih tu.

Sampai rumah, Hariz tanya lagi: Boleh tak I makan kuih sekarang?
Mummy: ALa Yis, dah petang, pukul 5 dah ni. tunggu 2 jam je lagi.
Hariz: Tapi u cakap balik rumah I boleh makan?
Mummy: U tanya Daddy la. KAlau daddy kasi, U makan la.
Hariz pun hilang cari Daddy...tak lama selepas tu...
Hariz: Daddy kasik! (sambil buka kuih)...

AYooo...tamatlah puasa Hariz hari ini. Tapi all in all, Hariz, U did a great job! Mummy & Daddy know it is not an easy thing for you. We love you so much! Muah! Muah! Muah!

Monday, August 08, 2011

Pertama kali puasa penuh, Well done Hariz!

6 August 2011

Hari ni hari Sabtu. Hariz tak sekolah. Dia tak nak pergi kelas Aikido. Hariz nak duduk rumah saja. Sebenarnya, Mummy nak test Hariz hari ni. Mummy nak tengok Hariz boleh puasa penuh atau tidak.

Hariz relax je..Main PS2, main game kat computer..Bila Mummy tanya, Hariz, you okay ke? tahan ke puasa? Hariz just angguk je kepala. Sampailah ke petang. Waa, hebat la Hariz!

5 minutes before Maghrib, mummy pun siap-siap buatkan air 'favourite favourite' Hariz, Ice lemon tea! hariz pulak, terus buka peti ais, cari coklat. Tiba-tiba, Mummy dengar semua orang menjerit..AAAAAA!!!! Mummy tengok, rupa-rupanya Hariz dah NGAP cokelat!! Mummy terus korek mulut Hariz.

Hariz tak sengaja. Hariz ingat dah boleh makan! Allahuakbar, allahukabar! Haaa...baru boleh berbuka Hariz....Hariz minum air favourite dan makan nasi ayam. Well Done Hariz!! We are so proud of you! Habis makan, Hariz kena solat sama-sama Daddy,okay?

Sunday, August 07, 2011

Hariz Belajar Puasa Hari Kedua

2/8/2011

Semua tentang puasa Hariz tahun ini dicatat sebab ini kali pertama Hariz puasa. Takut nanti bila Hariz dah besar, Hariz terlupa kisah masa first time hariz puasa.

So, hari ini hari eprtama Hariz berpuasa dan juga bersekolah pagi. Semalam sekolah agama (pagi) cuti. so, Acik kata Hariz balik je sekolah, Hariz kata : Tekak Hariz ni kering sangat! Mcm nak mati!

Acik suruh tahan sampai pukul 12, sebab Mummy kata buka puasa pukul 12. Masa Hariz kata tekak kering , jam dah pukul 11.30.

Tak sampai 5 minit, Hariz cakap lagi: Hariz tak tau la mummy suruh buka pukul berapa. pukul 12 ke, pukul 10 ke...

Itu tanda dah tak tahan sangat la tu. Acik kesian tengok Hariz. So, Harizpun berbuka puasa untuk hari ke2.

Saturday, August 06, 2011

Hariz belajar Puasa

1/8/2011

Hari ini first day of Ramadhan. Hariz buat pertama kalinya belajar berpuasa. Pagi tadi masa sahur, Hariz tak mahu bangun. Ini perbualan semasa Mummy cubakejutkan Hariz bersahur:

Mummy: Hariz, bangun Yiz, sahur.

Hariz: Emmm....sambil alih badan ke kiri.

Mummy: Yiz, bangun la sayang, sahur.

(Hariz masih tak mahu bangun setelah 4,5 kali Mummy cuba kejutkan).

So, mummy pun tanya: Hariz, mummy bagi minum susu nak? I bawa susu ke sini ye?

Hariz: mmm, apa-apa laaa...

Mummy: Yiz , u nak minum dr botol ke cawan?

Hariz: U ni crazy ke apa, I mana minum dr cawan. Botol laa...

Mummy pun berlalu pergi ke dapur.. Daddy, Hariz kata Mummy crazy!!!!!!

Mummy tak marahpun Hariz, sebab I tau U tengah mamai. So, Hariz pun bersahur dengan sebotol air susu strawberry.

Hariz puasa sampai pukul 11.30 pagi. lepas tu dia berbuka!!!! Jadiklah Hariz untuk hari yang pertama.

Wednesday, June 22, 2011

No.8 dan No. 5

Ini kisah no.8 dan no. 5. Sebelum Peperiksaan pertengahan Tahun, Mummy bagi Hariz 1 target.
Mummy: Hariz, kalau U dapat capai target, we bagi U reward!
Hariz: Target apa?
Mummy: Sekolah Agama, kalau U dapat no.10 ke bawah, you boleh dapat reward.
Hariz: Reward apa?
Mummy: Apa2 la U boleh mintak!
Hariz: Okay, I nak pergi Pusat Sains Negara, tengok Dinosaur!
Mummy: Okay!!! Lagi satu, kalau U dapat no. 5 ke bawah untuk sekolah kebangsaan, U boleh dapat satu lagi reward!
Hariz: Okay, okay...kalau macam tu I nak pergi Petrosains!
Mummy: Set!!!

And the best part is....Hariz got no.8 for sekolah agama dan no. 5 for sekolah kebangsaan!! Hoooraayy!!!Well done Hariz!!!

Mummy, bila nak bawak Hariz ni????

Saturday, May 14, 2011

Hariz dah dapat adik.



Sebenarnya dah 5 bulan lepas dari tarikh post ni, Hariz sudah dapat adik lelaki, Hazim. Daddy rasa Hazim pun mesti ada satu blog khas untuknya. Tapi daddy tak dapat cari masa. Nanti daddy tanya mummy kalau dia nak tolong daddy jump start.


Hariz pula dah darjah 1( 5 bulan lepas ). 2 3 malam lepas daddy jadi cikgu tolong ajar tauhid, fekah, akhlak dll untuk exam pertengahan tahun darjah 1 sekolah agama desaputra. Kerja last minute nih sbb sebelum2 ni daddy jarang buat revision with you, selalu mummy je yg ajarkan.

One of the nights, you had to memorize surah Al-Falaq. Ini kerja berat sebab besoknya Ustaz nak you baca. In 2 hours before going to sleep you managed to do it. Tapi you dah mengantuk sangat, sampai you tak boleh focus. I kept pushing you until I raised my voice but you dah start tak ingat apa you dah pun hafal so I stopped the drill. So now I know how you do when you are pushed to your limit. You are still a kid and to me memorizing a surah in 2 hours time while still not being able to read jawi smoothly I consider it a very good job on your part.I also felt guilty because I didn't try to help you earlier with your school work. This going to change next semester.

The plan is then to train you to read jawi until you're really good at it.

I enjoy helping you revising your school work. It's because you try really hard to meet my expectations patiently. I'm very proud of you.