Thursday, March 22, 2012

A Day @ Petrosains KLCC (31/12/2011)

2,3 hari sebelum buka sekolah Hariz buat rombongan Cik Hariz ke Petrosains. Janji nak ke Petrosains ni dah buat lama dah! Hariz excellent in both exams, sekolah kebangsaan %& sekolah agama. So, he deserved to get 2 rewards from mummy & Daddy.

Hariz bawa Kak bebeh, Kak Ngah & Kak Lia join ke Petrosains. 
 
Hariz tengah try bawa digger ni. susah juga nak gerakkan digger ni.
 
haaa...ini la ahli rombongan! Hazim je takde dalam gambar ni.
 
yang ni memang funny! Hariz dah rupa macam alien!
 

Ada banyak lagi aktiviti yang Hariz buat kat dalam Petrosains ni. Tapi, tak tunjuk kat sini la. Hariz dan Kak Bebeh sempat tengok science show, dan jawab soalan yang diberikan. 

 
Haaa..ni gambar wajib la kan..Dah sampai KLCC kena la ambil gambar dengan twin tower.
 
Hariz & Kak Bebeh. Rakan sepermainan dan sepergaduhan! sekejap main, sekejap gaduh!! Pening la mummy dan daddy tengok you all ni!
 
Hariz dikelilingi cousins..semua perempuan ye? hahaha!
 
sempat main kat playground klcc. ok, tamatlah acara jalan-jalan untuk 2011. esok lusa Hariz start sekolah semula. Kalau nak jalan-jalan macam ni lagi, Hariz kena janji belajar rajin-rajin,okay?

Wednesday, March 21, 2012

Hariz met Dinosaur 2/5/2011

Ini cerita sangat lama...Ini kisah tahun lepas. Hariz dapat pergi Pusat Sains Negara sebab dapat good result kat sekolah.

Hari ini Mummy & Daddy tunaikan janji pada Hariz. Hariz nak jumpa Dinosaur!! Hariz nak ke Pusat Sains Negara. Ada pameran Dino kat sana. Memang best! Hariz dapat jumpa banyak dinosaur. Kak bebeh pun ikut sama.

Tapi malangnya, Mummy tak bawa kamera!!! Dah sampai KL, baru Mummy jerit dalam kereta, Daddy! Mummy lupa bawak kamera!!!. Abis, takkan nak suruh Daddy patah balik, kan Mummy? So, Mummy ambil gambar guna handphone saje. Nanti kita cuba upload ke blog ye.

Selain Dino, Hariz dapat explore banyak mengenai sains. Hariz memang suka usik sana sini, tekan sana sini. SO, tempat ni memang sesuai sangat dengan Hariz! Sempat juga Hariz main dalam indoor playground. Memang menarik!

Ada science show...Dan Hariz naik atas pentas volunteer!!! Beraninya anak Mummy!!! Harap-harap Hariz akan terus berani macam ni,okay?
Lepas show, Hariz sempat singgah souvenir shop dan beli satu robot dinosaur. Okay la tu...HAriz ingat nak sambung main playground luar Pusat Sains, tapi hari baru pukul 5, dan cuaca masih panas. Kita balik la ye Yis, kita datang lagi nanti,okay?

Tuesday, March 13, 2012

My Buddies

Hariz kenal Abg Danial Besar dan Abang Danial kecil ni sejak Hariz kecik lagi. In fact, Abg Danial kecik tu adalah kawan pertama Hariz! Sampai sekarang, kalau sebut nama Abg Danial, memang Haiz excited. Harap-harap Hariz akan berkawan dengan diorg sampai besar. Si kenit Faris tu baru join the group. Hehehe...

Sunday, March 11, 2012

Trip to Penang 3 (4-11/12/2011)

Hariz lupa nak sambung cerita la.... So, ini sambungannya....
Lepas puas main kat Queensbay Mall, Daddy pun bawa terus ke Holiday Inn Batu Feringghi. We stayed 2 nights here. Daddy booked Kids suite!!! Yahooo!!! Best!Bets! Best sangat! Decaration dia cantik, ada banyak katil, ada bahagian untuk kids siap PS3!! Tapi, malangnya, CD game tak banyak pilihan, boring betul lah!

Tapi takpe, tak dpt main PS3, Hariz dpt lompat katilpun best!!!! Mandi bath tub pun best! macam2 laaa boleh buat! kita tengok je betapa seronoknya Hariz kat dalam gambar-gambar ni ye?
bukan main khusyuk Hariz main PS3!!! Seronok sangat tu..
Bilik ni ada 2 ruang. Satu ruang untuk kids, dan satu ruang untuk parents. Tapi, Hariz lepak sini untuk main je. Hariz join Mummy dan Hazim kat bilik sebelah bila tidur! hehehe.....
Haaaa....Main pasir..Hariz siap beli set spade & bucket baru kat Penang. Tengok swimming trunk Hariz tu. Hariz tersalah pack swimming suit. Hariz terbawak seluar yg dah kecik! aduhaaaii..Ini Hariz dan Kak Bebeh pack sendiri .Mummy pulak lupa nak double check!
bukan main asyik main pasir!
Haaaa...Ini pun buat Hariz excited! Bath tub! Hariz teringat rumah kat London katanya...
Belum habis breakfast pagi ni, hariz dah sebut: Daddy, esok kita breakfast sini lagi ye? I suka sangat la tempat ni!!! Waduh, waduh!
dah puas main pasir, Hariz melompat masuk swimming pool pulak! tu yang dia sedih bebenor nak balik rumah. Kat sini enjoy sakan! Pool untuk kids pun cuma 2,3 orang je yang main.

Tuesday, March 06, 2012

Back TO School (4/1/2012)

Ini pun cerita lama. Tapi Hariz nak cerita juga. Sebab ini Hari pertama Hariz masuk Darjah 2. Malam sebelum nak tido, Hariz nangis.
Hariz kata: I tanak gi skul, I tak pandai.
Mummy: ala, gi skul la, baru boleh pandai...
Hariz: Tapi, I x pandai..Bahasa malaysia susah, matematiksusah, bahasa arab lagi la susah!!!
Mummy: Hariz pergi sekolah, nanti jadi la pandai. Nanti mummy tolong la u buat kerja rumah.

Aduhai Hariz...Mummy & Daddy know you can do it. Just enjoy your day at school. Be good and have fun!! Last year, u proved to us that u can do it..Tahun ni Hariz dapat naik kelas no. 1, 2 USM. Sekolah agama pun Hariz improve, Hariz now in 2 Omar. We are so proud of you, Hariz.

ini gambar Hariz pagi-pagi hari pertama nak ke sekolah agama. bangun pagi pun okay, tak banyak ragam.

Ini Hariz dalam kelas 2 Omar. sebelah tu kawan Hariz, nama Irfan. Hariz selalu nak lumba sapa sampai dulu ke kelas dengan Irfan.
Haaa...ini tengah hari pulak. Hariz bersiap nak ke sekolah kebangsaan pula.
Hensem Pengawas ni! Bila balik, Hariz kata, penat sikit la jadi pengawas ni. Sebab I kena banyak berdiri.
Ini Hariz dalam 2 USM. Hariz dapat naik kelas 1. Proud of you Hariz!!! Be smart, be good boy,okay?

Sunday, March 04, 2012

Hariz & Rambut

Semalam, masa di Alamanda, Hariz dah bagitau mummy & daddy tentang rambut dia.
Hariz: Mummy, esok ada perhimpunan. Rambut I ni?
Mummy: ooo, ye ke? so? kenapa dengan rambut u, dah panjang ke?
Hariz: Ustaz kata, rambut tak boleh touch belakang telinga. You check laa...

(mummy pun belek-belek rambut hariz)
Mummy: ..mcm okay je Yis..try tanya daddy la, mummy tak pandai nak tengok la. I rasa okay je. Daddy tolong check rambut hariz ni.

(Daddy pulak belek-belek rambut Ayis)

Daddy: panjang skit je. Macam tak perasan pun. tapi kalau u nak potong, jom la.

So, Hariz pun bergerak ke salon favourite dia di Alamanda. Tapi, malangnya, fully booked!

Daddy: Yis, ramai orang la, kita potong balik nanti la, I bawak u gunting mamak.

Jalan,punya jalan, balik rumah jumpa Iman Lam, langsung lupa nak potong rambut!!

Okay....ini kejadian pagi tadi pula...

Mummy: Yis, bangun u dah lambat!
Hariz: sambil merengek. U lupa potong rambut I!! nanti ustaz marah i!!!

Adoii...kes berat ni. Hariz rengek-rengek, tak mau masuk bilik air. SO, mummy pun dapat idea. Yis, meh mummy gunting sikit rambut kat telinga u, nak tak??

Masuk bilik air, mummy jadik barber! gunting skit rambut tepi telinga. Daddy pulak terjerit-jerit ingatkan mummy jangan tergunting telinga Ayis!!

Aduhaaaii,...anak mummy sorang ni skema betul. good hariz, hariz budakbaik, itu pasal dia tk mahu ustaz marah dia. Harap-harap ayis tak kena marah masa perhimpunan, amin.

update: Hariz kata dia tak kena marah ustaz! yeyeeah!! menjadi la hasil guntingan mummy tu ye?

Wednesday, February 29, 2012

Hariz & Homework

Sudah 2 hari Mummy & Daddy dapat tahu Hariz buat kerja sekolah agama straight away bila balik dari sekolah agama. Rajinnya anak Mummy! Hariz dah pandai bahagi masa ye? So that, at night you have less homework to do. Sempat la makan, tengok tv, main game sebelum tido.

Good Job Hariz! Keep it up!
ini latest picture of Hariz. Gigi dah penuh balik!!

Tuesday, February 28, 2012

daddy, u ni dah lain....

Ini perbualan Hariz & Daddy:

H: Daddy, u ni dah lain laa..
D: Ha? Lain?? apa yg lain Yiz?
H: Ye la, dulu u selalu main  game dgn I, sekarang ni u balik asyik nak tidur je!!
D: Mana ada!!!
H: Iye, you dah lain.Daddy, betul ke u ni daddy?
D: Haaa??
H: Daddy, come back to us daddy!!!!

inilah Hariz sekarang. Sudah pandai express his own opinion especially about Daddy & Mummy. Clever boy Hariz!

Tuesday, January 31, 2012

Mahal tuuuu!!!

Kejadian ni berlaku petang tadi di Petronas stesen. Daddy tengah keluarkan duit, dan Hariz &Kak Bebeh tengah cari aiskrim. Daddy dari jauh dengar perbualan ni.

Hariz: I nak aiskrim ni (dia pegang aiskrim Ha**n D**z). I nak yang besar. Berapa ha harga dia? Apa? 30 ringgit?? (kuat-kuat hariz cakap ni)

Kak Bebeh: Mahal, your daddy mesti tak nak beli.

Hariz:  Mahal tuuuuu....30 ringgit. Daddy!!! daddy!! Mahal tu...

(Daddy masa ni pura-pura tak dengar. Anak sapa la terjerit-jerit dalam kedai ni..hehehe)

Ya, Hariz sudah tahu nilai duit. Takat tahu je la. Bila Daddy kata mahal la Hariz, ambik yang kecik je la. Hariz tetap nak yang besar. So, at the end, Hariz won! Daddy bought you 30 ringgit ice cream, and you smile like a happy star!

Monday, January 23, 2012

Hariz visits Malacca 23/1/2012

Minggu ini cuti panjang. Tiba-tiba Daddy cakap, 'jom siap,kita gi jalan-jalan'. Mummy orang pertama yang excited! Hariz mula-mula malas nak ikut. Hariz nak duduk rumah je...Setelah dipaksa-paksa, barulah Hariz nak gi.

Rupanya Daddy menuju ke Melaka!! wow!!! mummy kata beraninya! sure jammed la daddy! Daddy kata jom je la. Sepanjang jalan Hariz excited dengar Daddy cerita tentang Hang Tuah & freinds. Hariz knows a little bit about Hang Tuah from Waktu Rehat (Astro ceria).

Kita rehat kejap kat Hentian Rehat Ayer Keroh. Hariz sangat-sangat excited tengok banyak toys! Hariz beli pistol & cotton candy. Kita sambung journey dengan jammed yang snagat-sangat teruk. Hujan pulak tu. Mummy kata, sia-sia je kita datang. Daddy pulak kata, takpe, kita jalan je...

Akhirnya sampai juga ke Melaka! Hariz teringin nak naik Taming sari, tapi punya la ramai yang beratur, so, mummy offer Hariz naik motor je. Hariz kata,okay la!
Lepas naik motor, HAriz & family jalan-jalan Bandar Melaka. Nak tunjuk Hariz canon, old building zaman portugis dan Inggeris. sebab dalam kereta Daddy sempat cerita tentang Portugis conquer Melaka.

tu Hariz dengan salah satu meriam. Hariz memang suka canon!
Ni kat salah satu bangunan lama.Muzium islam kalau tak silap.

Hariz & Hazim @ Melaka. tengok bangunan banyak warna merah. 

Hariz seronok sangat dapat naik beca!! Siap ada radio beca ni. Daddy pun excited kan?

haa..ni satu lagi canon. yang ni atas kota melaka yang dah roboh. Hariz sangat excited baca penerangan tentang kota ni. Dulu kota ni besar,tinggi. tapi sekarnag tinggal ini je. Bila British datnag, diorang bom! Hariz kat' jahat la british ni!!"...

Ni depan Kota A Famosa. Tak naik atas, Mummy dan Daddy penat!

Dah beli pistol kan tadi? So, apa lagi, kena la beli topi cowboy!!! Tapi, tak ada kuda..Hariz bertolak balik dalam pukul 6. Best la, nanti kita jalan-jalan lagi ye Daddy?