Sunday, March 04, 2012

Hariz & Rambut

Semalam, masa di Alamanda, Hariz dah bagitau mummy & daddy tentang rambut dia.
Hariz: Mummy, esok ada perhimpunan. Rambut I ni?
Mummy: ooo, ye ke? so? kenapa dengan rambut u, dah panjang ke?
Hariz: Ustaz kata, rambut tak boleh touch belakang telinga. You check laa...

(mummy pun belek-belek rambut hariz)
Mummy: ..mcm okay je Yis..try tanya daddy la, mummy tak pandai nak tengok la. I rasa okay je. Daddy tolong check rambut hariz ni.

(Daddy pulak belek-belek rambut Ayis)

Daddy: panjang skit je. Macam tak perasan pun. tapi kalau u nak potong, jom la.

So, Hariz pun bergerak ke salon favourite dia di Alamanda. Tapi, malangnya, fully booked!

Daddy: Yis, ramai orang la, kita potong balik nanti la, I bawak u gunting mamak.

Jalan,punya jalan, balik rumah jumpa Iman Lam, langsung lupa nak potong rambut!!

Okay....ini kejadian pagi tadi pula...

Mummy: Yis, bangun u dah lambat!
Hariz: sambil merengek. U lupa potong rambut I!! nanti ustaz marah i!!!

Adoii...kes berat ni. Hariz rengek-rengek, tak mau masuk bilik air. SO, mummy pun dapat idea. Yis, meh mummy gunting sikit rambut kat telinga u, nak tak??

Masuk bilik air, mummy jadik barber! gunting skit rambut tepi telinga. Daddy pulak terjerit-jerit ingatkan mummy jangan tergunting telinga Ayis!!

Aduhaaaii,...anak mummy sorang ni skema betul. good hariz, hariz budakbaik, itu pasal dia tk mahu ustaz marah dia. Harap-harap ayis tak kena marah masa perhimpunan, amin.

update: Hariz kata dia tak kena marah ustaz! yeyeeah!! menjadi la hasil guntingan mummy tu ye?

No comments: